Thursday, January 10, 2013

AirAsia SUCKS!

Okey saje bagi tajuk kontroversi supaya Tony Fernandes boleh terbaca.

Tadi aku baru terbaca artikel kat Facebook pasal sorang minah ni raket badminton berharga RM91 dia patah dalam kargo AirAsia walaupun dah ditampal pelekat "Fragile". Aku sokong rungutan beliau, sebab AirAsia memang ganas bab-bab menangani bagasi penumpang.

Tapi itu bukanlah apa yang aku nak rungutkan hari ni. Aku pernah beberapa kali menggunakan perkhidmatan AirAsia, dan secara amnya aku berpuas hati sebab AirAsia berjaya membawa aku dari titik A ke titik B dengan selamat.

Cuma sampai hari ni aku masih tak berpuas hati dengan satu kejadian yang berlaku kira-kira lima tahun lalu ketika aku dan rakan-rakan ingin ke Jakarta. Kami sikit punya teruja dapat beli tiket AirAsia yang dikira agak murah (lebih kurang RM250). Kami beli tiket tu kira-kira 2 bulan sebelum tarikh perjalanan.

2 bulan kemudian, hari berlepas pun tiba. Sesampainya di LCCT, kami diberitahu bahawa kad kredit kami tak lepas maka pembayaran kami masih belum diterima oleh AirAsia sedangkan kami dah dapat e-mail pengesahan bayaran. Duit pun dah ditolak dari bank laaaama dah. Kami masa tu 6 orang, dan 4 orang punya pembayaran kad kredit dikatakan tak diterima. 

Pelik gila. Kalau betul bayaran tak diterima, masakan nama kami ada dalam senarai penumpang. Syarikat kos rendah macam ni mana ada jenis nak simpan-simpan seat. Kalau boleh nak jual semua terus. Sedangkan kat laman internet dia, kalau kau tak aktif selama 5 minit pun dia dah let go tempat duduk kau sebelum sempat bayar. Inikan pulak 2 bulan, takkan dia nak manja-manja tunggu kau bayar.

Kami pun bergaduh sikit, tapi disebabkan dah terlampau teruja nak ke Jakarta, kami mengalah. Kami berhasrat nak bayar je, malas nak kecoh-kecoh. Kami pun kata, "Okey kami bayar sekali lagi. Pakai kad kredit."

Masa tu mamat yang berurusan dengan kami dah buat muka pelik. "Kami hanya terima cash." Wah. Syarikat punya besar, tapi boleh bayar tunai je. Berbau ikan di sini. Kami tak puas hati. Kami nak tanya orang atasan. Seorang pengurus pun datang. Mamat tadi berbisik-bisik dengan pengurus, pastu pengurus tu kata, "Ye, kami perlukan wang tunai sahaja. Cara pembayaran lain tak diterima. Kalau bayar tunai, baru boleh print out tiket."

Apa jimak? Maknenye tiket kami dah ada kat skrin komputer, tinggal nak print out. Tidak syak lagi, diorang tengah mengencing kami. Kalau betul kami belum bayar, tiket takkan ada kat skrin. Dan kalau bagi cash, nampak sangat akan masuk poket diorang sekor-sekor. Masa ni aku dah mula bengang. Tapi nak buat camne, takkan nak burn perjalanan kami, sedangkan hotel semua dah book. Terpaksalah kami akur, bayar je kat lahanat pekerja AirAsia tu. Oh by the way, aku haramkan duit tersebut harap-harap lubang bontot mereka tiba-tiba tumbuh pokok kaktus dan mereka jatuh terduduk.

Banyak kejadian begini terjadi masa tu kat LCCT rupanya. Setelah diselidiki, aku mendapati ada kawan-kawan aku yang ditimpa benda yang sama. Ada yang hilang barang dalam bagasi yang dimasukkan ke kargo. Ada yang hilang barang masa lalu security check.

Aku hantar beberapa e-mail ke pihak pengurusan AirAsia tak berbalas. Siot betul.

Oleh itu berhati-hatilah dengan AirAsia. Pengurus dan pekerja dia ada yang kaki kelebet duit. Dan korang takde pilihan sebab itinerary dah dibuat lama dah, takkan nak batal camtu je. Dan khidmat pelanggan diorang pun gampang tak reti jawab e-mail. Padan muka kau QPR kalah, puas hati aku. Tula, beli team bola guna duit haram hasil mengencing aku dan rakan-rakan.Okeh aku dah puas mengutuk AirAsia, tapi haritu aku tengok offer pegi Korea macam seronok pula. Boleh la aku jumpa Psy, sebab haritu masa aku pergi Morocco, asal kitorang ke mana-mana, akan ada malaun jerit "Oppan Gangnam Style!" sebab nampak kitorang. Macam sial. K-Pop telah menular sampai ke gurun Sahara.

Aku sebenarnya tak sabar nak menunggu kebangkitan penyanyi dari tanah besar China ke peringkat antarabangsa pulak. Bayangkan kau tengok budak-budak angkat banner tulis:

I LOVE CHI-POP!

Kan best tu.