Sempena hari Khamis 18 Safar 1433 ni aku nak jadi ustaz kejap. Kejap je. Apsal tak boleh pulak? Kat Facebook tu ramai je. Aku pun mahu juge.
Okeh beberapa hari yang lalu adela aku mencelah kat sebuah perbincangan pasal Amalina kat dinding Facebook seorang kenalan. Aku ingat kes ni dah reda dah, sebab kat Malaysia ni kontroversi hangat sekejap je. Selang beberapa hari, diorang carik benda lain pulak untuk kutuk, dan isu lama terus dilupakan. Tapi pelamin anganku musnah. Isu ni masih berterusan rupenye walaupun dalam kalangan kecil.
Jadi tajuk topik berbunyi begini: "Amalina, awak tu pompuan Muslim yang bijak. Membawa nama Malaysia ke UK. Tapi pakaian macam (isikan perkataan yang berima dengan 'penyendal')."
Lalu adelah seorang insan mengomen: "Betul tu. Rambut pun dah karat. Mak bapak sokong pulak tu."
Maka aku pun dengan bizibodinye telah mengomen: "Sudah-sudahla mencaci maki. Facebook kau dah macam forum perdana kedai kopi."
Lalu pengomen pertama membalas: "Facebook dia, sukahati dia la nak jadikan kedai kopi ke, kedai jahit ke."
(Wah, sedikit sarkastik. Lima markah untuk jenaka dalam perbincangan.)
Jawapan beliau memang aku tunggu-tunggu, lantas aku pun membalas, "Sama la. Badan dia, sukahati dia la nak pakai baju apa."
Maka pengomen pertama terus bukak laci meja beliau dan keluarkan name tag bertulisan putih berlatar hitam yang terukir dalam huruf besar: USTAZ LANTIK SENDIRI dan meletakkannya pada poket baju kiri seraya membalas, "Ini bukan mencaci-maki. Ini menegur atas nama Islam. Takkan saudara seagama buat salah kita nak tutup mata."
Wah. Kau ada nametag, aku pun ada la. Tapi aku punye nametag tertulis 'BITCH, PLEASE'. Lalu aku berkata, "Menegur adalah kalau kau cakap terus kat Amalina. Tapi aku sangat yakin dia tak bace ape yang kau tulis kat sini. Maka sebenarnya kau sedang mengumpat beliau. Sekurang-kurangnya dosa Amalina boleh diampunkan Allah. Dosa kau mengumpat takkan diampunkan selagi Amalina tak memaafkan kau."
Dan beliau tidak membalas lagi.
Kawan-kawan, begitulah cara kita membasmi gerakan ustaz bidan terjun di Facebook.

MENULIS