Monday, January 2, 2012

Maksud sebenar CULTURE SHOCK

Kejap ni aku nak tanya satu soalan:

Orang kite ni tau ke ape maksud culture shock (atau dalam BM-nya 'kejutan budaya')?

Sekarang ni topik Twitter yang sedang trending adalah tentang Amalina Che Bakri, pelajar yang dapat 32 juta A1 masa SPM, sudah tak pakai tudung dan mula berpakaian seksi. Susah jadi pandai ni. Kau pakai seksi, terus orang caci. Kalau orang bodoh pakai seksi takpe, sebab die bodoh. Jadi kalau kau seksi tapi orang tak kisah, ketahuilah bahawa orang anggap kau bodoh. Haha.


Aku tak paham bila orang cakap, "Wah. Sejak-sejak belajar luar negara, dah pandai pakai seksi gile. Culture shock la tu."


Kenapa istilah culture shock ni hanya digunakan bile pelajar-pelajar luar negara ni dikatakan terjerumus ke lembah hina dan bergelumang dengan dosa? Menurut pemahaman aku, culture shock adalah perasaan bilamana kau tak dapat membiasakan diri dengan tempat asing. Kau rasa kesunyian, tak paham tatacara tempatan, tak dapat berkomunikasi dengan berkesan, tak biasa dengan pemakanan, tak dapat beradaptasi dengan pemikiran tempatan, dan tak memahami gaya hidup orang keliling.


Pada aku, culture shock adalah sesuatu yang POSITIF. Tanpa culture shock, maknenye kau tak pernah tengok benda baru la. Kalau kau hidup dalam gua, hari-hari makan daun dengan katak mentah. Satu hari ada orang ajar kau makan ayam panggang. Reaksi pertama kau adalah "Apa neraka nakharomjaddahulmaut yang die cube ketengahkan ni?" Itulah culture shock. Dan lepas tu baru kau sedar makanan kalau dimasak lagi sedap.


Evolusi manusia semuanya berlaku disebabkan kejutan budaya. Kejutan budaya menyebabkan kita belajar benda baru dalam persekitaran baru, dan mahir beradaptasi.


Oleh itu, dalam kes Amalina atau mana-mana pelajar yang disifatkan sebagai menyimpang, aku tak rasa istilah culture shock sesuai digunepakai. Cariklah istilah lain untuk melampiaskan sifat judgemental kau. Sebab kalau kau gune istilah culture shock, kau bukan sekadar judgemental, malah agak tolol. Dan orang tolol biasanya tak layak jadi judgemental.


Mari kita ilustrasikan bagaimana istilah culture shock ni sangat tak boleh digunepakai dalam isu pelajar luar negara menyimpang:


Bayangkan anak kau pegi oversea. "Wah, diorang cakap bahasa ape ni? Diorang makan ape ni? Ah.. aku tak reti la gune ATM machine ni. Bas dia pun pelik. Ah diorang pandang aku semacam je ni kenapa? Kenapa diorang pakai kasut dalam rumah? Kenapa tong sampah diorang dalam almari? Kenapa diorang makan pakai garpu dan pisau? Ape semua ini? Ah aku culture shock! Mari kite bukak tudung pastu minum arak pastu pegi disko pastu mengangkang pagi petang siang malam, sebab aku culture shock sangat ni!"


Logik ke tak logik?




"Selepas perpindahan saya dari Jepun ke Kanada, saya menerima kejutan budaya yang sangat dahsyat, mengakibatkan saya menjadi pelakon porno." - Maria Ozawa.