Monday, October 31, 2011

Trivia Hari Ini

1) Tahukah korang bahawa Turki mempunyai bilangan billionaire terbanyak di dunia?

2) Tahukah korang bahawa bahasa Mongolia tidak mempunyai perkataan "ya" dan "tidak"?

3) Tahukah korang bahawa artis Malaysia pertama yang masuk ke carta Billboard Top 100 adalah Francesca Peters dengan lagu Just On The Edge, iaitu terjemahan lagu hit beliau, Sekadar Di Pinggiran pada tahun 1989?

4) Tahukah korang bahawa rumah persendirian tertinggi di dunia adalah milik Mukesh Ambani, jutawan dari India, dengan ketinggian 27 tingkat?

5) Tahukah korang bahawa Sandra Bullock fasih berbahasa Jerman?

6) Tahukah korang bahawa ketika zaman mudanya, Steve Jobs pernah bertapa di Tibet selama 4 bulan, dan kemudian di Batu Caves selama 2 bulan, dan kemudian di Nepal selama 3 minggu?

7) Tahukah korang bahawa hanya ada seekor haiwan yang mampu hidup di Laut Mati iaitu ikan kap jepun?

8) Tahukah korang bahawa bulu kambing biri-biri yang diperkasakan dengan rotan boleh digunakan untuk membuat jaket kalis peluru?

9) Tahukah korang bahawa penghidap penyakit Flexibus Culubitassemia (satu dalam 84 juta manusia) mempunyai tulang yang sangat anjal dan mampu menoleh kepala sebanyak 320° ke kiri atau ke kanan?

10) Tahukah korang bahawa ketika hayatnya, Mustafa Kamal Attaturk menderma 40 sen kepada setiap pengemis yang ditemui di jalanan setiap hari?

11) Tahukah korang bahawa frekuensi kawad kaki tentera Amerika pernah menyebabkan jambatan Tacoma Narrows Bridge di Amerika runtuh?

12) Tahukah korang bahawa komposer muzik latar rancangan Jejak Rasul adalah seorang bukan Islam?

13) Tahukah korang bahawa jarak antara hidung dan cuping telinga seorang manusia normal adalah sama dengan jarak sejengkal tangan kanannya? Hanya satu dalam 6 juta manusia mempunyai jarak hidung dan cuping telinga yang kurang daripada sejengkal (kebiasaannya golongan genius dengan IQ melebihi 170).

14) Tahukah korang bahawa sambutan Krismas diharamkan di Korea Utara dan digantikan dengan Kimtokai Hungyo, iaitu perayaan menyambut kelahiran Kim Jong-Il?

15) Tahukah korang bahawa makan daging kambing boleh mengurangkan risiko diabetes sebanyak 14%?

16) Tahukah korang bahawa 90% fakta yang aku nyatakan di atas adalah palsu belaka dan langsung tidak boleh dipercayai? Adakah korang terasa bangang nak mampus sekarang sebab tadi korang pegi ukur jarak hidung dan cuping telinga gune sejengkal tangan kanan pastu kata, "Wah aku genius!"?

17) Tahukah korang bahawa kalau aku tak bagitau fakta nombor 16 tadi, akan ada 54% pembaca yang akan percaya semua yang aku tulis tanpa usul periksa?

18) Tahukah korang bahawa statistik 54% kat nombor 17 tadi pun aku reka sendiri?

Moral of de stori: Kat internet ada macam-macam cerita. Jangan percaya semua, dan jangan sebarkan kalau tak pasti kebenarannya. Jangan gunekan ayat, "Ini aku dengar cerita Si Polan. Kalau Si Polan bohong, maka bohonglah aku." Sile ingat, saiz otak manusia adalah 43 kali ganda lagi besar daripada saiz otak burung kakak tua, sebab itulah kite perlu berfikir sebelum ulang cakap orang lain.



Eh yang pasal saiz otak burung kakak tua tu pun aku tipu jugak sebenarnye.

Sunday, October 30, 2011

Tak Boleh Bukak

Ade sape-sape sini tengok Dexter?

Disebabkan tiada ruangan komen di blog ni, aku anggapkan je lah ade beberape orang angkat tangan sambil angguk-angguk secara tersipu-sipu.

Kepada yang tak tau, ni aku nak bagi sinopsis ringkas. Dexter adalah seorang pakar analisis percikan darah untuk polis Miami. Ye, aku pun tak tau sebuah bidang kerja yang sebegitu spesifik wujud dalam dunia ni. Tapi yang menariknya, Dexter juga adalah seorang pembunuh bersiri. Tapi untuk mewajarkan ketagihan membunuh beliau, Dexter hanya bunuh orang jahat yang terlepas dari hukuman mahkamah. Kire die ni supahero la. Macam Chempiang.

Seperti semua cerita pembunuh bersiri Hollywood, Dexter mempunyai kebolehan mengumpil segala jenis kunci pintu rumah orang. Dan tak kire la pintu tu kayu jati ke, engsel keluli ke, tombol gergasi ke, Dexter mampu kopak pintu tu hanye guna satu pin dalam masa tak sampai 2 saat.

Nak dijadikan cerita, harini hausmet aku tertinggal kunci dalam bilik beliau, dan beliau terkunci dari luar. Sebagai seorang peminat Dexter, aku rase sudah menjadi kewajipan aku untuk menggunekan ilmu mengumpil pintu yang telah aku pelajari selama 5 season. Lagipun aku ade beli sekotak klip kertas tapi tak pernah gune. Inilah masenye untuk aku menyinar.

Seingat aku, Dexter hanye masukkan pin, godek sikit, pastu ketegekkk, pintu terbukak. Aku pun masukkan klip kertas, godek sikit, pastu ketegekkkk.... klip kertas bengkok. 

Adela sejam kot aku godek pintu tu. Segala jenis gajet aku gune, daripada klip kertas, pengetip bulu hidung, sampai skrudrebar pun aku gune. Tiada bedanya. Pintu itu tetap terkatup rapat dan mustahil untuk dibuka, tidak seperti peha Luna Maya.

Eh.

Dan sekarang hausmet aku tengah tido kat sofa ruang tamu. Maka bolehlah aku simpulkan bahawa siri TV Hollywood adelah tohmah belaka.


Friday, October 28, 2011

Bila Kahuna Dah Pandai Photoshop

Halamak Kahuna dah maju la sekarang.

Zaman-zaman kopipes dan edit gambar guna Microsoft Paint dah berlalu. Kini Kahuna sudah mahir menggunakan Adobe Photoshop, maka blog ini juga akan maju setapak. Kalau diorang boleh buat satu software yang boleh update blog gune telepati, blog ini akan lebih maju bertapak-tapak lagi.

Aku ade bende nak cerita tadi, tapi lepas beberapa jam berfoya-foya dengan Photoshop, keinginan menulis sudah tiada. Maka besoklah aku cerita. Lagipun aku masih dalam proses mengagumi header blog sendiri. Bagila can.

Bak kata Eric Leong dalam Casa Impian, "Macam mane? Cantik taaaaaaaaak?"

Friday, October 21, 2011

Membaca dan Menulis

Kadang-kadang aku ade rase nak menulis, tapi takde idea. Bile ketandusan idea, masa tulah aku sedar yang aku dah lama tak baca sesuatu yang menarik.

Atau dah lama tak membaca secara serius.

Ini membuatkan aku mencarik idea secara rambang dalam ruang-ruang lapuk dalam otak yang dah lama tak diisi, dan selalunye idea yang datang dari otak lapuk adalah idea yang juga lapuk.

Pembuat filem yang tak menonton filem adalah pembuat filem yang takkan pecah panggung.

Pereka fesyen yang tak mengikuti perkembangan fesyen adalah pereka fesyen yang takkan laku.

Pelukis yang tak memerhatikan aliran senilukis di sekelilingnya adalah pelukis yang ketandusan ilham.

Dan penulis yang tak membaca, adalah penulis yang gagal.

Bak kata Stephen King, “If you don’t have time to read, you don’t have the time (or the tools) to write. Simple as that.

Wednesday, October 19, 2011

Ubat Diet Paling Berkesan

Ni aku nak kongsi satu pengetahuan.

Ade satu ubat berjenama APSCS5 yang sangat berkesan untuk mencegah obesiti, jerawat, parut jerawat, masalah keguguran rambut, kulit kusam, perut buncit, gigi jongang, mata juling, hidung penyek, dagu berlapis, gigi rongak dan dada leper (untuk kaum wanita). Kadang-kadang kalau pakai ubat ni, mata pun boleh bertukar jadi biru. Sumpah tak tipu.

Ubat APSCS5 ni mahal, sebab boleh digunekan untuk semua jenis masalah. Harga dalam RM2000 lebih kot.

Tapi ubat ni dijamin 100% berkesan. Tak pernah lagi aku dengar orang komplen.

Testimoni dari Puan Normah Bibingkas dari Jerantut, seorang pengguna APSCS5:

"Selepas melahirkan anak ke-12, bentuk badan saya berubah menjadi seperti kentang gergasi. Nak pergi kedai beli beras pun malu. Setelah mengamalkan pengambilan APSCS5 hanya selama seminggu, kawan-kawan Facebook saya terkejut dengan perubahan fizikal saya. Kata diorang, macam anak dara 19 tahun! Badan jadi ramping, kulit jadi licin dan halus, bibir pun semakin mungil. Paling penting, sekarang warna mata saya dah bertukar menjadi hazel kehijauan. Memang tak sia-sia saya menggunakan APSCS5. Rasa nak upload gambar di Facebook hari-hari supaya dipuji orang. Terima kasih APSCS5!"

Kalau korang rasa nak beli, sila klik kat sini. Memang berbaloi!

Tuesday, October 18, 2011

Ikutiku di Twitter

Dulu masing-masing sombong dan perasan. Sekarang baru nak aktif Twitter. Ptuih la hangpa.


Aku takla secapap PokaPola (@pokapola), aku tak tweet sangat. Tapi kalau rasa nak follow, maih la @AnuarAzman. Alamak kantoi nama sebenar.


Bak kata orang, follow me bedak badan wangi untuk kesegaran sepanjang hari.



Monday, October 17, 2011

Sarimah Johansson

Aku tengah tengok citer Vicky Cristina Barcelona kat tibi. Aku tak suke citer ni, tapi aku suke Scarlett Johansson.

Makin lama tengok, makin aku yakin bahawa Scarlett Johansson mempunyai muka yang sebijik dengan pelakon Melayu paling jelita tahun 60-an, Sarimah.














Mungkin aku sorang je yang rase kot. Tapi kalau tengok citer Tiga Abdul, memang ada sudut-sudut di mana memang nampak sebijik.
 
Dah tu tibe-tibe aku tertengok balik Madu Tiga kat Youtube. Dan sebenarnya, watak paling kelakar dalam cerita ni bukanlah Encik Jamil, bukan bapak mertua dia, bukan driver die. Watak paling kelakar adelah Hasnah:




Muke rase nak terajang. Haha.

Sunday, October 9, 2011

Bola

Pernah terasa seperti bola? Aku pernah. Banyak kali.


Situasi satu: Bola sepak


Kau pergi jumpa profesor untuk bincang pasal projek, dan profesor tu suruh kau tanya profesor lain. Bile kau pergi jumpe profesor lain, die suruh pergi tanye profesor pertama tadi. Dan bergulinglah kau disepak antara dua profesor, masing-masing malas nak ambik keputusan.


Situasi dua: Bola keranjang


Bustamam hutang kau doploh ringgit. Bile kau mintak, die kate, "Eh, haritu Sudin hutang aku doploh ringgit. Kau boleh tak mintak kat die?" Apesal pulak kau yang kene pegi terhegeh-hegeh mintak duit kat Sudin padahal Bustamam yang hutang kau? Aku paling benci pemiutang begini, yang dah tak tau malu pinjam duit orang, pastu suruh kite pergi mengemis kutip hutang kat orang lain. Terasa seperti bola keranjang yang dilantun-lantun.


Situasi tiga: Bulu tangkis


"Oi nak pergi Perhentian tak?"
"Sape lagi pegi?"
"Setakat ni aku baru tanye kau sorang, yang lain aku tak tau."
"Ha ko tanye orang lain dulu, kalau ramai pegi, aku pegi."


Habis kalau aku tanye sepuluh orang, semua jawapan sama macam kau, memang takkan habis la permasalahan ni? Kau ade pendirian ke takde? Kalau nak pegi, cakap nak pegi. Kalau tanak, cakap taknak. Aku malas nak susah-payah pegi tanye orang lain, pastu patah balik tanye kat kau, pastu patah balik tanye orang lain, macam bulu tangkis. Padahal sebenarnye aku langsung tak kisah kau nak pergi ke tak, sebab aku tak kisah jalan sorang-sorang.