Tuesday, August 30, 2011

Fakta Hari Raya

Fakta 1: Lepas sebulan berpuasa, turun 5 kilo. Lepas sehari beraya, naik 10 kilo.


Fakta 2: Hari raya adalah hari di mana semua orang rasa dia paling hensem dan jelita. Maka sekitar malam raya pertama akan berderetlah orang tukar profile picture Facebook.


Fakta 3: Masih mendapat duit raya pada umur 23 tahun terasa awesome, tapi tibe-tibe membuatkan kite terasa macam "Orang lain dah keje dan dah stat bagi duit raya, kau masih menganggur dan terima duit raya. Loserrr."


Fakta 4: Lepas makan banyak sangat kuih raya, rasa semua kuih raya jadi sama. Tapi tak bosan-bosan jugak makan lapan balang.

Wednesday, August 24, 2011

Scroll Down For New Entries

Haritu cek Statcounter. Tak pernah-pernah cek Statcounter sebelum ni (tapi nak letak jugak sebab dah free). Tetibe nampak minggu lepas memang ramai gile babi masuk.

Wah. BlogSerius punye pasal la ni.

Bagitau kat akak aku, "Weh harini kan ade ____ orang masuk blog. Pergh."

Sambil tengok TV die kate, "Eleh, gile glam."

Eh a'ah. Aku ni gile glamor jugak rupenye. Haha. Lepas ni boleh la aku buat advertorial setiap 3 hari supaya dapat duit masyuk. Dan boleh beli beg tangan berjenama setiap minggu pastu "lanting2" kan kat readers.

Wah. I like!

Friday, August 19, 2011

Edisi Jumaat

Tadi aku pegi semayang Jumaat kat UIA. Aku duduk Cheras tapi hobi aku memang bersusah-payah pegi Gombak untuk beribadah. Yelah, makin banyak langkah ke masjid, makin banyak pahala tak gitu? Aku pilih masjid kat Gombak pun sebab tiket AirAsia ke Sandakan dah habis.


Anyway, khutbah tadi pasal Al-Quran. Khatib UIA bagi khutbah dalam Inggelish ada slang American siap. Kagum aku. Dia siap cakap, "Reading the Quran is good y'all. Ain't no nigga gon' tell me dat's not true." Okey tu aku tipu. Tapi die cakap ada slang la.


Aku tertarik bile imam tu kata, dan aku translate dalam BM sebab yelah.. hangpa mane reti skiping London :


"Bacalah Al-Quran sebanyak yang mungkin selagi bacaan itu tidak bertujuan untuk riak dengan kelantangan suara dan kemerduan bacaan, mengganggu orang lain, atau menjadikan bacaan Al-Quran sebagai sesuatu yang dipertandingkan demi mendapat ganjaran material."


Membuatkan aku terpikir pasal isu pembesar suara masjid. Kenapa perlu bertadarus pakai mikrofon sebelum Subuh dan mengganggu orang ramai? Tapi isu ni aku rase dah selesai sebab rata-rata orang yang aku jumpe dah bersetuju bahawa mikrofon hanye perlu bile azan je. Lain-lain tak payah.


Yang kelakarnye, kebanyakan orang yang tak setuju sumenye jenis "Eh ini adat kite orang Melayu sejak zaman nenek moyang kita. Diorang kapir laknat ape tau? Tanah kite dah bagi, tempat tinggal kite dah bagi, sekarang nak melebih-lebih kite punye cara beribadah pun die nak masuk campur? Ini negara Islam tau!"


Eleh hipokrit betul. Semayang setaun sekali, tapi bile bab mempergunekan Islam untuk menegakkan ketuanan Melayu, die la yang saf paling depan. Aku bukanla Melayu tak sedar diri yang asik nak memenangkan bangsa lain, tapi nabi sendiri pun cakap kite jangan baca Quran dengan suara tinggi sampai menganggu orang lain. Dan ini isu ritual dalam Islam, bukan pasal orang Melayu. Kite ni pulak pantang orang kritik sikit, terus keluar isu perkauman. 


Annoying betul orang-orang macam ni. Bak kata isteri pertama Abang Kus dalam filem Seniman Bujang Lapok, "Memang sepatutnye kau ditembak dengan senapang gajah."


Oh ye, alang-alang nak tembak orang dengan senapang gajah, tembak sekali orang-orang yang pakai kereta dan motosikal dengan lampu depan putih silau yang kalau terpantul kat side mirror, kau boleh buta seminit.








Wednesday, August 17, 2011

User Perasan Bagus di Forum-forum Tempatan

Haritu aku nak carik tempat berbuka puasa yang best, maka Google membawaku ke forum-forum internet. Kalaulah aku moderator kat forum-forum ni, aku rase aku nak ban sume user perasan bagus yang tidak menjawab soalan tapi nak reply thread hanya untuk perasan bagus atau perasan alim.


Contohnye soalan berikut:


Hi all. I nak tanye mane hotel area KL yang ade buffet buka puasa yang berbaloi? Berbaloi as in tak mahal sangat tapi pilihan banyak dan sedap. Thanks.


Ade la beberapa users baik hati yang akan bagi jawapan memuaskan hati, nama hotel, harga, dan komen pasal kualiti makanan. Tapi banyak UPB (user perasan bagus) yang akan keluarkan komen-komen seperti:


"kat KL ni paling murah pun mesti dah cecah 70 ringgit ke atas satu kepala. dengan duit tu, boleh pegi bazar ramadhan beli buka puasa satu family, dua kali!"


"buat ape la ko nak terhegeh-hegeh bukak puasa kat hotel. mahal nak mampus. nak kata sedap, takla sedap pun. aku masak lagi cukup gula garam. takde mahal camtu pun."


"aku tak paham kenapa ade orang yang sanggup beratur bersesak-sesak nak amik makanan kat buffet hotel. ape, rumah korang dah tak cukup barang masak ke? kalau tak cukup, ko gune duit yang nak pergi buffet tu, pastu ko pegi giant beli bahan mentah. masak. lagi kenyang."


"erm ni I nak tumpang tanye sket eyh. kalau u pegi buka puasa kat hotel sume tu, u sempat sembahyang tarawih ke? sebab selalunya surau kat tempat-tempat macam tu, i nak sembahyang maghrib pun susah. sempit, orang pulak ramai. tapi i tengok, masa buka puasa tu, kaum wanita punye la ramai, tapi bilangan yang i jumpa kat surau tak sampai pun satu perlima. takkan yang lain tu semua period kot?"


"pada pandangan saya, kite puasa ni nak tahan lapar dan dahaga sambil beribadat. tak gune kalau siang-siang awak puasa, malam awak melantak tak ingat dunia. lagipun kat hotel tu, awak bayar mahal-mahal tapi bukan awak larat makan semua, betul tak? ingat, masa ramadhan ni syaitan memang kene ikat, tapi nafsu kite dah bertaun-taun dididik oleh syaitan, tu yang kite kene cube lawan."


Okey, pendapat aku adelah, semua points tu betul. Memang korang semua pandai, memang jawapan korang semua ada isi. Pendek kata, syurgalah tempat korang. Tapi adekah korang menjawab soalan? TETTT... tidak sama sekali. Orang tu punya soalan senang je, nak mintak nama hotel, harga dan pendapat pasal kualiti makanan. Takde pulak die mintak korang timbang dosa pahala die, komen tentang amalan solat die, kritik cara perbelanjaan die, atau bagi nasihat bagaimana kite boleh mengoptimumkan penggunaan duit beliau. 


Cube bayangkan dalam exam matematik ade soalan "Terdapat 20 biji tomato. Raju mengambil 5 biji tomato. Ah Chong mengambil 7 biji tomato. Berapakah tomato yang tinggal untuk kamu ambil?"


Dan korang jawab, "Saya seorang yang beriman, maka saya tidak tamak. Saya akan ambil sebiji sahaja kerana itu sudah cukup untuk saya dan keluarga. Buat apa kita ambil banyak-banyak sedangkan kita tidak memerlukan?"


Aku jamin korang akan FAIL paper tersebut sambil dicop loyar buruk oleh cikgu.


Dan mase aku pegi salah satu forum, aku pun klik kat satu thread yang bercop "PANAS!" sebab nampak menarik. Soalannye adelah :


"Ni saya nak tanya pada orang-orang yang lebih berilmu: Kalau suami isteri bersetubuh di waktu malam Ramadan dan tak sempat mandi junub sebelum waktu Subuh, adakah sah puasa mereka dalam keadaan berjunub?"


Seperti biasa, ade sorang UPB yang akan reply:


"Ramadan bukan hanya bermakna kita perlu berpuasa. Kita masih perlu bersolat dan mendirikan ibadah lain. Masalahnya, kalau kita dalam keadaan berjunub, boleh sembahyang ke? Kalau tinggal solat, ibadah lain tu takde gunanya. Ramai dah saya tengok orang yang berpuasa susah-payah tapi sembahyang tinggal-tinggal. Kelakar juga. Entah apa kepuasan diorang dalam berpuasa kalau benda paling basic dalam agama pun diorang buat-buat lupa."


Wahh.. Memang, memang, erm memang kaulah yang masuk syurga paling tinggi sekali! Tapi sayang, kau masih tak jawab soalan. Dan bodoh pulak tu. Orang tu masih berjunub sampai masuk waktu Subuh. Kalau die mandi wajib, masih sempat kan die nak semayang? Maknenye, takdela die tinggal semayang. Yang kau sibuk hungga-hungga kata dia tak semayang tu apesal? Soalan die cuma sah ke tak puasa dalam keadaan berjunub. Itu je.


Tolong la jangan perasan bagus dalam forum. Orang bertanye dengan harapan dapat jawapan jujur dan ikhlas. Bukan nak dapat ceramah yang takde kaitan. Kalau korang dah konfem masuk syurga sekalipun, jangan la riak sangat. Tuhan tak suka.




p/s : Jawapan kepada soalan kedua : Sah puasa.

Monday, August 15, 2011

Sarkastik!

Hari tu kite menang bolasepak Piala Suzuki, kite dapat cuti satu hari, kononnye "kemenangan ini adelah kemenangan seluruh rakyat Malaysia dan kita patut meraikannya bersama."


Tapi semalam kita kalah badminton Piala Dunia.


Jadi patutnye kite kene kerje lebih satu hari la kan? Sebab "kekalahan ini adalah kekalahan kita semua maka marilah kita menanggung bebannya bersama." Aku cadangkan semua orang kene kerja macam biasa Ahad depan. Atau hari raya pertama.


Eh tak boleh eh? Ni kire konsep "ringan sama dijinjing, tapi berat kau pikullah sorang-sorang."


Oo macam tu.

Thursday, August 11, 2011

Harap-harap Minah Ni Tak Baca Blog Aku

Kronologi status updates seorang minah di Facebook :


9.03 a.m. :  "Selalunya time camni mesti tengah makan nasik lemak kerang. Sekarang bulan puasa terpaksa buat-buat tengah kerja."

11.38 a.m. : "Alamak, belum tengahari dah lapar."

1.24 p.m. : "Ofismate non-muslim minum air kosong dari botol besar. Ish puasa-puasa ni air kosong pun nampak macam air tembikai sejuk."

2.25 p.m. : "Punya lama aku buat kerja, masa berlalu baru sejam? Jam komputer aku rosak kot."

3.47 p.m. : "Kurang dari 4 jam sebelum waktu berbuka. Lagi setengah jam dah boleh punch out. Ngeee terus pecut pegi bazar ramadan!"

8.14 p.m. : "Alhamdulillah juadah berbuka semua sedap. Tak rugi beli. Esok nak try air jambu batu, orang kata sedap sangat. p/s : Orang kata di bazar ramadan jangan tamak, tapi actually kalo beli banyak pun boleh simpan untuk sahur ngeee."


Aku hanya ada 3 komen terhadap minah di atas: 


1) Tolong tolong tolong tolong bukak akaun Twitter. Kalau dah ada akaun, sile gunakan. 


2) "ngeeee.." adelah sejenis bunyi yang bukan sahaja tidak comel, malah kedengaran terencat. Beraksi umur kau! (Act your age!).


3) Kau ikhlas puasa ke tak? Kenapa nak komplen setiap masa? Lapar la, haus la, teringin nak makan itu ini la, jeles kat orang yang tak puasa la, masa berlalu lambat la. Macamla puasa ni satu seksaan yang paling berat dalam dunia. Kalau kau puasa sebab terpaksa, takyah la puasa. Menyampah pulak aku tengok kau komplen lapan belas kali sehari. Aku pun pernah buat bende same cam kau, komplen setiap masa. Tapi masa aku umur lapan taun dulu la. Kau umur lapan taun ke?


Monday, August 8, 2011

Panggilan Alam

Aku yakin korang sume pernah terasa nak buang air besar ketika sedang memandu adik korang yang bersekolah di Gombak sedangkan rumah korang di Cheras. 


Dan perkara ini berlaku padaku pagi tadi ketika dalam perjalanan pulang dari Gombak, dalam kesesakan lalulintas ibukota yang memang terkenal kala dinihari. Aku mane bleh bertinja di stesen minyak sebab bontot aku jenis yang pegi sekolah punye. Mane die nak berfungsi di tempat kotor-kotor ni.


Antara monolog-monolog dalaman yang dituturkan sepanjang perjalanan :


"Kalau lagi 2 minit masih jem tak gerak-gerak, aku turun lari balik rumah."


"Eceh kau ingat kau CR-V kau boleh potong aku? Aku berak atas muka kau."


"Wah aku ingat aku jalan atas emergency lane dah cukup dahsyat. Van ni siap boleh jalan atas rumput sebelah emergency lane. Rupanya Mona lebih advance!"


"Anda sebuah lori. Diulang, anda sebuah lori. Sila berambus dari fast lane."


"Hah kau bagila signal sampai lebam. Kau takkan dapat masuk bouhuhaHARKHGHARKHAHHAHA"


"Alamak dah tak tahan dah ni. Hmm.. Semak tepi jalan ni tibe-tibe nampak macam mangkuk jamban Johnson Suisse."


"Ahh aku benci bonggol. Kalau aku tekan minyak sekuat-kuatnya pastu langgar bonggol ni, ade harapan tak kereta ni terbang terus sampai rumah?"


"Alahhhh makcik. Semalam masa aku tanak berak, kau tanak lintas. Harini bile aku dah nak berak, baru kau terhegeh-hegeh nak lintas. Aku langgar kau pun tak gune, muke kau lepas tersagat jalan nanti same je rupe."

Dan aku pun sampai rumah lalu terus berdesup masuk tandas.

Memang perasaan nak berak membuatkan hati dan minda jadi kejam. Pagi-pagi dah negatif pahala puasa aku. 

Wednesday, August 3, 2011

Sepetang Di Jalan Jujur

Abang Leman


Abang Leman memang tak pernah berdiri. Malam tidur baring, pastu bangun pagi terus ke bilik air untuk buang air, duduklah die melangut atas mangkuk jamban. Pegi keje naik motor, sampai opis terus duduk depan komputer. Pendek kate, hidup Abang Leman memang hanye di atas kerusi. Kerusi mane yang tak kenal dengan kehangatan punggung Abang Leman? Hatta bile Abang Leman nak ke IKEA pun, kerusi pameran model Poang di tingkat satu tu dah dapat kesan dari jauh, "Eh ni ade bau-bau bontot Abang Leman ni. Mesti die berada dalam jarak 1 kilometer radius dari sini."


Nak dijadikan cerita, bulan-bulan puasa ni isteri Abang Leman suruh ke pasar ramadhan. Lepas punch out, Abang Leman pun terus la pecut motor pegi pasar ramadhan Jalan Jujur, Cheras. Gerai-gerai taklah banyak macam kat Taman Melawati, tapi cukuplah sekadar nak beli apam balik cokelat dan air soya. Masalahnye, Abang Leman memang tak pernah berdiri. Jadi, mase orang lain sibuk merayap depan gerai-gerai sambil mencongak makanan ape yang nak dibeli, Abang Leman ronda pasar ramadhan naik motor. Sibuk la die bawak motor pelan-pelan depan setiap gerai, sambil mencelah-celah lautan manusia yang berbondong-bondong di situ. Kalau kau menghalang jalan Abang Leman, nanti die hon suruh kau ke tepi. Kalau kau jalan di belakang motor Abang Leman, memang batal puasa kau sebab asik hirup asap motor die je.


Hai la Abang Leman. Tak boleh ke kau buat macam orang lain, parking motor kat stesen minyak pastu jalan kaki beli juadah berbuka?


Abang Din

Tersebutlah pulak kisah Abang Din si penjual roti john. Taun lepas ade beberapa gerai roti john di pasar ramadhan Jalan Jujur. Gerai Abang Din pulak memang betul-betul bersebelahan gerai roti john satu lagi. Bak kate omputih, memang direct competition la ni. Memang susah nak tarik customer, jadi Abang Din jual roti john tige ringgit setengah je satu. Memang sedap roti john Abang Din. Telur, daging, rempah ratus semua cukup. Roti die pun garing. Keje pun laju. Pendek kate, memang roti john Abang Din la yang paling terkenal seantero Jalan Jujur. Orang lain bungkus roti john pakai kertas minyak pastu masuk plastik. Ah tak payah susah payah, kate Abang Din. Abang Din bungkus pakai surat khabar pun orang beratur nak beli.


Taun ni, Abang Din dapat spot sebelah orang jual kuih. Pastu die sorang je pulak yang jual roti john di Jalan Jujur. Memang terbaekk, kate Abang Din. Die pun naikkan harge jadi empat ringgit. Apasal naik ni Abang Din? "Harga daging dah naik, dik. Takkan tiap-tiap taun harga sama, ye tak?."


Itu betul Abang Din. Tapi roti john Abang Din ni takde daging pun? Harap telur je banyak. Roti pun dah tak garing. Kalau harga naik, kualiti sama, orang tak kisah Abang Din.


"Ala, tapi orang beratur same je panjang nak beli roti john aku. Kau tanak beli, sudah," kate Abang Din bongkak.


Ini baru hari kedua puasa, orang ramai masih teringat-ingat roti john Abang Din taun lepas, dengan harapan kualiti masih sama. Tapi kalau macam ni punye merudum kualiti roti john Abang Din, memang minggu depan dah tak laku la alamatnye.


Nanti bile dah tak laku, Abang Din mule la nak gune ayat cliché peniaga Melayu, "Roti john saye tak laku sebab terkena buatan orang. Biasela orang kite ni, kuat dengki. Tak boleh tengok orang lain lebih sikit."


Kak Suyati


Beralih pule kite kepada Kak Suyati si penjual kuih. Ramai jugak la orang kerumun gerai kuih Kak Suyati. Maklumla, kuih-kuih Kak Suyati memang semuanya menarik perhatian. Warna-warni, banyak variasi, berseri-seri. Tengok rupa kuih-kuih tu pun memang dah tau, manis-manis semuanya.


Satu je yang tak manis. Muke Kak Suyati. Riak senyuman sikit pun takde. "Kuih-kuih ni Kak Suyati buat sendiri ke?" tanye Bustamam. Kak Yati terus balas, "Eh ye la. Takkan awak pulak yang buat."


Tanye sikit pun nak melenting. Orang tengah puasa, memang lapar. Dan orang lapar, memang cepat nak marah. Tapi awak tu nak jual kuih. Dalam satu pasar ramadhan, ade berape banyak gerai kuih? Kalau awak nak orang beli kuih awak, kene la mesra pelanggan.


Bustamam pun beli la beberapa kuih Kak Suyati. Ala, ingatkan kuih die sedap sangat nak marah-marah. Rupenye sendu je.


Aku buat sendiri pun agaknye lagi sedap, kate Bustamam.


Dalam perjalanan ke kereta yang Bustamam parking sebelah stesen minyak, die ternampak Abang Leman masih berusaha nak mencilok celah-celah pengunjung pasar ramadhan. Haha. Kan susah naik motor. Kesian Abang Leman.