Thursday, June 30, 2011

Satu Berita Seribu Interpretasi

Situasi sebenar : Seorang nenek pegi kedai beli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati di tempat kejadian.

Buletin Utama - "Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari."

Harian Metro - "Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan."

Utusan Malaysia - "Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?"

Harakah - "Kami tiada beca."

Malaysiakini - "Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah."

Obefiend - "Nenek meleis mati. Aku suka vodka."

Twitter @NajibRazak - "Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!"

Blog Melayu paranoid - "Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca."

Ibrahim Ali - "Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!" 

Pancaindera - "Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster."

Mastika - "Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi."

Samy Vellu - "Beca tak bayar tol dicari."


(kredit bersama Kahuna dan Kai PokaPola)

Sunday, June 26, 2011

Pantun

"Bustamam, tolong bacakan pantun 4 kerat yang saya suruh awak buat semalam ye. Ingat, pantun mesti berima," kate Cikgu Limah.

Bustamam pun ke depan kelas, dan berpantun:

"Pagi-pagi pergi ke tasik
 Untuk memetik si bunga melur
 Hujan turun merintik-rintik
 Air naik sampai ke.. lutut"


Cikgu Limah jeling. "Ayat terakhir tu tak berima pun?"

Bustamam senyum, "Bukan salah saye cikgu. Air naik tak cukup tinggi."


Thursday, June 23, 2011

Seri Wajah Pengantin

Aku tengok gambar kawin member sekolah kat Facebook. Pompuan. Rase macam kenal, sebab nama macam familiar. Tapi muke lansung aku tak cam. Takkan baru 7 taun terus muke boleh tukar. 


Tapi tetibe dapat iluminasi, terus kenal pengantin tersebut. Ohhh die ni rupenye. Kenal kenal. Mang aihh... Lain gile muke. Sumenye sebab mekap tebal tapak kasut. Kirenye kalau rendam muke die dalam air memang air tu jadi air bandung yang warna-warni tu.

Pastu aku pun belek la sume gambar kawin kat Facebook (sekarang ni memang musim orang kawin. Maklumla dah nak puasa.) 


Memang pengantin pompuan wajib pakai mekap lapan tan ek? Sampai muke bertukar terus. Mungkin rase macam cantik kot pakai mekap tebal camtu. Tapi bagi aku, mekap sepatutnye untuk tutup cacat cela dan menaikkan seri muka. Bukannye sebagai pengganti pembedahan plastik.


Padahal aku rase kawan aku tu memang seorang natural beauty mase kat sekolah dulu. Tak payah mekap banyak pun takpe. Bile dah mekap dengan bulu mata palsu, keliling mata jadi hitam legam, nampak macam mak nyah pun ade.





Friday, June 17, 2011

Kenapa Ujibakat Menyanyi Mesti Ade Manusia Suara Tahi

Dalam semua rancangan pertandingan menyanyi, mesti ade manusia-manusia yang suara macam tahi tapi pegi ujibakat konfiden nak bawak lagu Di Penjara Janji. Paling bangsat pun lagu Salam Terakhir. Kononnye lagu rendah takleh menang.


Nih aku nak bagitau satu rahsia. Tak pernah ade orang kalah pertandingan menyanyi sebab lagu tak cukup tinggi. Kalau suara sedap, kau nyanyi Lagu Negeri Johor pun boleh menang (fyi, lagu negeri Johor adelah lagu negeri yang paling monotone skali. Mase perhimpunan kat skolah dulu, setiap kali nyanyi lagu Johor macam tak puas. Rasa nak tambah korus lain yang boleh buat vibrato ke, hape ke.)


Bile tengok orang memalukan diri sendiri masa ujibakat, aku terpikir, camane die boleh rasa die berbakat untuk pertandingan ni. Kadang-kadang sampai rase tak logik sebab suara macam gergaji kayu tengah potong besi, tapi lagu nak Amy Search je. Sebelum die pegi, die tak mintak pendapat orang sekeliling ke? Takde ke kat asrama dulu die nyanyi kat shower pastu orang sebelah tengking suruh diam sebab suara seperti kaldai? (Bukan pengalaman sendiri).


Tapi bile dipikirkan balik, aku rase aku dah tau kenape ramai insan suara bagai saitan tapi teringin nak masuk ujibakat. Puncanya adelah pusat karaoke.


Kalau pegi karaoke ramai-ramai dengan member, mesti ade giliran menyanyi. Kalau ade orang yang malu nak nyanyi sebab suara tak sedap, sume orang still akan paksa dia suruh nyanyi. Jenuh la sua-sua mikrofon kat muke die sampai die nyanyi. Pastu bile part tinggi, sume tepuk tangan. Bukan sebab sedap, tapi sebab die berani mencuba. Lama-lama mungkin keyakinan die dah naik, pastu satu pagi die bangun tido die berkate kepada diri sendiri, "Selama ni aku nyanyi Fantasia Bulan Madu member sume dok tepuk tangan siap feewit lagi. Agaknya suara aku betul-betul sedap la ye? Ce try aku pegi odisyen AF."

Lalu beliau pun pegi. Beberape hari kemudian satu Malaysia pun tengok beliau kat tibi tengah kene gelak oleh Jimmy Shanley dalam ruangan bloopers.


Begitulah kisahnye. Terungkai sudah rahsia kenape walaupun dah ade beratus rancangan menyanyi kat dunia ni, kite masih nampak manusia-manusia begini pegi ujibakat. Bukannye diorang tak belajar dari kesilapan orang lain, tapi memang diorang yakin boleh menyanyi sebab asik diberi galakan dan dorongan kawan-kawan kat pusat karaoke.


Teladan cerita ini adelah, kalau kau ade kawan yang suara die macam puaka Niyang Rapik, kau boleh je paksa die menyanyi bile pegi karaoke. Tapi jangan la cakap "Ala Nadia, pegila nyanyi. Suara kau sedap ape." Sebab penipuan ni mungkin besar padahnya di kemudian hari.


Cara memaksa yang betul adelah, "Nadia, tanak nyanyi ke? Rindu nak dengar kau nyanyi. Tak sedap pun takpe, bukan ade orang lain pun kat sini. Kite bukan nak pegi ujibakat AF."


Mudah bukan?


p/s: Nadia yang disebut kat atas ni adelah fiksyen belaka. Sebab Nadia yang aku kenal, memang tak payah paksa. Kalau boleh die pegi karaoke nak bawak mikrofon sendiri supaya takyah tunggu giliran.

Orak Arek Dikata-katakannya

Bile tengah stadi, jangan pasang lagu. 

Paling jangan pasang adelah lagu-lagu Zainal Abidin, sebab world music. Kalau dengar world music mesti nak henjut-henjut bahu. Camane nak stadi kalau bahu terhenjut-henjut. Kalau dengar lagu Zainal Abidin, macam melancong ke satu dunia. Semua jenis rentak ade. Semua jenis alat muzik ade. Semua jenis tema ade. Semua jenis bunyik die nak buat. Lagu-lagu Zainal Abidin memang porno telinga.

Jangan pasang lagu-lagu Zainal Abidin, sebab memang takkan boleh buat bende lain. Padahal dengar gune telinga je. Benda lain sepatutnye boleh berfungsi macam biase. Tapi entah camane, kepala mesti nak geleng-geleng, jari mesti nak petik-petik, badan mesti nak goyang-goyang.

Kalau dengar lagu Zainal Abidin, memang takkan kaku langkah mengaguminya, takkan kaku menerimanya.


Friday, June 10, 2011

Cerita Sedih Orang Melayu Kat Youtube

Kalau pasal kisah cinte, memang aku rase orang Melayu yang paling sentimental.

Kisah-kisah cinta melibatkan tentangan orang tua, cinta tiga segi, bermain kayu tiga, kekasih diambil orang, cinta tak kesampaian, putus tunang kerana orang ketiga, habis madu sepah dibuang, memang femes dalam budaya Melayu ni. Kalau aku lepak ngan member-member Melayu, memang takkan bosan dengar kesah orang bercinta.

Setiap orang ade kesah lain-lain. Semuanya unik belaka. Takde dua cerita yang sama. Pendek kate, kalau aku nak jadi penulis novel cinta, memang takkan kering idea la. Hari-hari aku boleh buat trilogi cinta kecundang.

Nasib baik aku bukan penulis novel cinta.

Kalau korang penulis novel cinta tapi kering idea dan kawan-kawan pulak sume jenis career-driven yang takde mase nak pikir pasal cinta agung, masih ade satu cara untuk korang mendapat inspirasi. Korang hanye perlu carik lagu Melayu jiwang karat terkenal kat Youtube, pastu baca komen-komen. Mesti ade malaun-malaun yang berbesar hati bagitau diorang punye kisah cinta yang tak kesampaian.

Contohnye di video Cinta Bandar Tasik Selatan oleh Olan, ade komen-komen seperti :


"minggu lepas wa naik train dari masjid jamek terminal..dalam train bertentang mata dgn saorang jejaka hitam manis...dia senyum..wa senyum..dia beri isyarat jari..tukar number talipon..aduh......terusek sekejap....bila teringat apa yg kekaseh wa buat pada wa....terus wa paling muka..dan tutup mata..tak nak pandang jejaka itu..hai lelaki.......hatiku maseh terhiris..lelaki oo lelaki" - wadaroom1122


"bekas kekasih aku pernah bg lagu ni kt aku.aku selalu jumpa dia kt bandar tasik selatan,tapi sekarang dia dah ada lelaki lain.dah 3 tahun berlalu.aku x pernah lupakan dia.selama 3 tahun ni la aku masih tggu dia kembali kat aku.xpernah aku pandang perempuan lain selain dia.nana,kalau nana baca ni,deli nak nana tau.deli x pernah lupa pada nana..walaupun nana selalu marah deli,kecikkan hati deli,sekali pun deli x pernah tinggi suara pada nana sebab nana lah puteri hati deli..sampai bila" - thelee1989              (SAPE SURUH NAMA KAU DELI MEMANG LA KENE RIJEK)


"sye syg awk tpi naper awk pergi cm 2 jer....tbe2 awk mncul ngan org bru... bnde neyh x fair untk saye...cz sye dh msg bnyk awk bkan skali tpi bnyk kali.....sye berhak untk dicintai gak.....tpi awk buat sye cm smpah dibuang klau dh abis gne....sye xnk aper dri awk .......sye xnk pn bdan awk(WTF??)......sye nk cinta awk jer...itu pn ssah ker?awk mmg kejam" - zazim46


Sementara tu, cube pulak pegi tengok video Permaisuri oleh kumpulan Data yang agak femes sekitar taun 2001 (zaman sekolah asrama kalo korang takde member yang pasang lagu jiwang karat 24 jam maknenye korang salah masuk asrama). Korang akan nampak komen-komen seperti :


"aq syg dia,, p dia lari bsama orang len,, n kni aq dpt lg beter.. even lg lawa,, lg baik.. aq x dpt lupa cinta 1st aq,, miss u NUR HIDAYAH,,, dalam knagan 1998-2007" - CrowZero888


"setiap kali bila aku dgr balik lagu ni,msti aku teringtkn dia. kisah hubungan ktorg yg tergantung mcm tu je. masing2 hilang contct mcm tu je. tau2 dia eksiden n hilang ingatan.terus lupa psal aku.stiap kali bila aku cntct lg n ckp sape aku,dia xknal n mcm baru 1st time jumpa. sedih..........dah tujuh tahun berlalu sejak peristiwa tu" - eklhfy    (BAPAK SADIS CERITE KAU)


"lgu ni mengingatkan ak sewaktu ak diceraikan oleh awek aku dlu...kes lgu ni pnye psl la..ktorg break....hampeh" - MuthuManiam            (AWEK KAU JATUHKAN TALAK BERAPE?)

"love dis song.....ingat Joe aka zunairy bin lamdin dia selalu nyanyi utk aq" - nOeYePuY (AHAHAHAHA ZUNAIRY BIN LAMDIN!)


Dan bermacam-macam lagila kisah liku-liku kehidupan yang korang boleh baca kat Youtube. Memang tak produktif betul hidup aku harini asik dengar lagu-lagu jiwang sambil baca cerite-cerite pengomen. Ade yang sedeh nak mampus (balak kene langgar lori masa Valentine's Day). Ade yang sedih tapi kelakar. Ade yang nak buat sedih tapi jadi seram (bini meninggal lepas nikah tapi setiap malam muncul dalam mimpi pakai kain kapan). Ade yang cerita die macam terlebih familiar je. Contohnye sorang mamat ni yang kate awek die tinggalkan die jadi setiap hari die tulis surat untuk awek die tapi mak awek die sorok surat-surat tu.

Nampak sangat tiru cerita The Notebook.

Nasib baik die tak cerita pasal die ngan awek die berkenalan atas kapal pastu tetibe kapal tu karam sebab langgar iceberg. Bak kate Ucop Wilca, "Nampak beno menipu."

Saturday, June 4, 2011

Anak-Anak Masa Hadapan

Hari-hari aku tengok orang letak gambar bayi baru lahir kat Facebook. Comel-comel. Ramai rupenye kawan-kawan Facebook aku yang dah ade anak, atau ade anak buah, atau adik baru. Mane ntah diorang beli. Produktif orang Malaysia ni. 


Dan bile aku tengok nama bayi-bayi ni, buatkan aku rasa teringin nak tengok kelas budak-budak sekolah rendah pada taun 2018. Terutamenye bile cikgu diorang nak umumkan markah periksa.


"Elvira Alainea Batrisha binti Abu, 98/100. Iskandar Sayeed Batistuta Mercury bin Tamrin, 97/100. Emelda Daniela Ixora binti Bidin, 96/100. Kristal Frederika Cahayamatahari binti Bustamam, 88. Aleesha Xanadu Newton John binti Samat, 85. Uthmaniyyah Batutta Al-Jawhariya bin Sameon, 83. Eereena Eezwaneesha Eefrawatee binti Eebraheem, 82."


.... sampaila habis 40 orang pelajar dalam satu kelas.


Harap-harap cikgu-cikgu pada masa hadapan rajin baca Quran supaya lembut la lidah diorang nak sebut nama-nama anak melayu pascamoden.


Anak aku nanti aku nak bagi nama Melati Di Tepi Taman Bunga. Senang cikgu nak sebut. Mesti jadi murid kesayangan.