Wednesday, May 25, 2011

Diplomasi Taklah Susah Mane

Pasal entry Nietzsche tu. Ala, ade je orang yang tak puas ati kate aku mengangung-agungkan pemikir barat. Mase aku tulis entry tu, aku rase macam, "Kalau salah bace entry ni, kompem nampak macam aku tengah berlagak nak mampus pasal philosophy." Tapi aku pikir balik, pembaca-pembaca blog ni tak bodoh. Diorang tau ape mesej yang aku nak sampaikan. Kalau diorang bodoh pun, diorang mesti at least boleh pikir.

Tapi mungkin salah aku jugak sebab menulis entry pendek dan tak jelas.

Okey meh aku terangkan pasal entry tersebut.

Aku suke berbincang dengan orang. Pasal ape pun takpe. Contohnye ade sorang mamat ni yang mengangungkan socialism dan die kate Malaysia sepatutnye jadi negara sosialis. Menurut beliau, kapitalisma adelah iblis. Sejak kecik aku dengar orang memburuk-burukkan kapitalisma, sampaikan dalam kepala otak orang ramai (even orang yang tak paham ape itu sebenarnye kapitalisma), diorang yakin kapitalisma mendatangkan keburukan. Ape-ape yang negatif yang berlaku kat dunia ni sumenye nak salahkan kapitalisma. Memangla senang, kalau ape-ape yang buruk terjadi dalam hidup kau, blame Najib, blame the system, or blame God.

Bile aku tanye kenapa beliau nak sangat Malaysia mengamalkan sistem sosialis, die jawab, "Sebab Karl Marx kate blablabla..." Bile aku bagi hujah lain, die akan balas, "Ye, tapi menurut Karl Marx pulak, blabla..."

Asik ulang-ulang ayat Karl Marx, macam kau takde akal sendiri.

Sama jugak macam sorang mamat dari China yang aku jumpe kat Norway haritu. Die dengan yakin kate, "My hero is Kim Jong-Il, the best leader in the whole world.

Boleh tahan ternganga jugak la kitorang yang lain mase tu. Dan setiap kali ade ape-ape isu berkaitan ketidakstabilan ekonomi, die akan keluarkan ayat-ayat memuji Kim Jong-Il, sebab menurut beliau Korea Utara tak kenal maksud ketidakstabilan ekonomi sebab kekayaan negara dibahagi sama rata kepada rakyat maka ekonomi semua orang stabil. Bullshit la.

Dan orang-orang yang bercakap pasal Nietzsche pun same. Aku peminat existentialism, tapi aku tak pernah suke idea atau cara penulisan Nietzsche, mungkin sebab penulisan beliau sangat sinis bile bercakap pasal ketuhanan dan agama. Kebetulan pulak, ramai orang yang baru baca philosophy, akan mula dengan Nietzsche dan ramai yang akan terus jadi peminat tegar. Maka itulah yang diorang akan ulang-ulang, supaya semua orang tau bahawa diorang ni deep, peminat falsafah, baca Nietzsche.

Setiap kali ade ape-ape isu pasal falsafah, diorang hanye akan quote Nietzsche, sedangkan orang lain takde pun kelam-kabut quote ahli falsafah. Cakap pakai hujah sendiri dah la. Sikit-sikit, diorang cakap, "Dalam Ecce Homo, Nietzsche pernah cakap blabla..."

Penat doh, rase cam cakap dengan burung kakak tua.

Lama-lama, aku jadi ragu-ragu. Adekah die ni betul-betul minat falsafah, atau hanye gunekan nama Nietzsche untuk berlagak pandai dan memperbodohkan orang lain? Kalau betul die minat falsafah, kenapa die tak pernah sebut nama ahli falsafah lain?

Aku pernah jugak mengalami situasi yang sama dulu. Aku Google/Wiki nama-nama pemain bola dan team bola yang terkenal, dan aku mengikuti la jugak perkembangan bolasepak sikit-sikit, supaya bile orang sembang takde la nampak macam aku batak sangat tak tau pape. Tapi sikit-sikit aku ulang nama player sama, team sama. Lama-lama orang pun tanye, "Ko ni minat bola ke tak ni? Asal asik ulang nama Lampard je?"

Maka, point aku adelah, jadi diri sendiri. Takyah la buat bende yang kau tak minat semata-mata sebab nak jadi cool. Kalau kau tak suke falsafah, mengaku je. Ahli falsafah yang "pandai" tu pun semuanya mati bunuh diri atau depressed. Konon-konon pandai berpikir, tapi mati dalam keadaan tercarik-carik.

Sangat bahaya kalau kau hanye gunekan Nietzsche dan idea-idea beliau untuk menunjuk-nunjuk, tanpa memahami prinsip falsafah yang sebenar. Untuk mengenal falsafah, kau kene ade points of view berbeza dari ahli-ahli falsafah dan aliran-aliran falsafah lain, serta membandingkan dengan ajaran agama. Kalau tak, sangat senang untuk kita berubah menjadi freethinker dan membuang agama.

Bukan masalah kalau kau tak kenal Spinoza atau Montesquieu. Ia menjadi masalah bile nafsu kau untuk menunjuk-nunjuk menyebabkan otak kau terperuk bawah satu tempurung yang sama, dan kau mungkin akan tersesat.

Dan bukan masalah kalau kau nak order French fries je kalau pegi Tony Roma's. Tapi kalau dah tau takde duit, kenapa nak masuk Tony Roma's jugak? Ape Mekdonel dah tak jual French fries ke?

p/s : Kalau nak bagi orang hormat kite, tak perlu la tulis cara "mat rempit". Dah besar panjang ni, gunekan la diplomasi. Ayat-ayat macam "Bangga sangat dengan depa semua yang lain tu paseipa? Angpa lahir dari celah lubang kote depa ka?" tu tak payah pun takpe. Malu aku baca. Sedih bile orang terpelajar gune ayat-ayat ekstrim macam ni. (Walaupun dalam hidup sebenar, aku yakin orang-orang ni takkan bercakap macam ni. Entah kenapa dalam blog, rase gangster tu macam lebih sikit kot, sebab bersembunyi belakang perisai tanpa nama). Kite asik kutuk ahli politik perangai macam budak-budak dalam Parlimen, mencarut, maki-hamun bangsa lain semata-mata untuk menang debat. Ape bezanya kite dengan ahli politik? Kalau cakap, biarlah serupa bikin.






Saturday, May 14, 2011

Manusia Ingin Menjadi Google Maps

Antara benda yang aku tak suke adelah terlupe bende bangang. Benda bangang di sini ditakrifkan sebagai 1. bende tanpa faedah yang tak payah hafal tapi kalau hafal adelah bonus. 2. butir-butir kecil yang tak penting. 3. insiden-insiden remeh yang berlaku dalam hidup.


Bukannye aku suke sangat mengingat bende-bende camni, tapi bende-bende ni penting terutamenye kalau kau nak tunjuk kredibiliti. Contoh terbaik adelah bile orang bercakap pasal tempat. Tak kire la ape-ape jenis tempat. Manusia sangat bangga kalau tau pasal tempat-tempat. Kalau aku bercakap pasal Restoran Tupai-Tupai katekan, nanti mesti ade mamat mane-mane tetibe mencelah, "Oh, Restoran Tupai-Tupai?" 

Orang lain pun akan memandang beliau dengan sangsi, dalam hati mereka berkata, "Eleh, dan-dan la die pun kenal Tupai-Tupai."

Lalu mamat tu menyambung, "Situ die punye butter prawn sedap, tapi malam-malam kalau nak carik parking memang perggghhhh. Tapi ade satu parking spot yang jarang orang nampak, kat bawah pokok besar sebelah pintu pagar belah kiri tepi pasu ade batu-batu belakang signboard."


Orang lain pun akan memandang beliau dan otak diorang akan register, "Affirmative. Manusia ini kenal akan Restoran Tupai-Tupai. Status prasangka: Digugurkan."


Dan kredibiliti mamat penyampuk tadi pun mule bertapak. Kalau die tak bagi details kecik-kecik camtu, masakan orang lain nak percaya kate-kate beliau?

Korang mesti pernah bile tengah berbual pastu bile korang sebut nama satu tempat, tetibe orang akan menyampuk. Misalnya korang kata, "Oh dulu saya pernah kene kejar dengan beruk. Besar gile. Kat Taiping tu memang penuh deng ---" 


".. kejap, kejap, Taiping? Duduk mane dulu kat Taiping?"


"Dekat Taman Tasik."

"Yela, Taman Tasik tu besar. Belah mane?"


Bile aku cakap aku duduk depan Zoo Taiping, die kate, "Oo, dalam zoo tu dulu ade KFC, sekarang dah takde." Pastu terus tukar topik sembang pasal bende lain. Habis, cerita pasal aku kene kejar beruk tadi camne? Dianaktirikan dan hilang begitu saje? Bengang betul bile cerita aku dipotong hanya semata-mata sebab mamat tersebut nak menunjukkan kemahiran beliau dalam geografi.


Dan sebagai budak KL yang dah duduk KL sejak berumur 10 taun, dan sepatutnye sudah ade lesen memandu selama 5 taun, orang akan expect kau untuk tau pasal selok-belok jalan-jalan kat KL. Sebagai orang yang takut dicerca, aku kadang-kadang takut bile orang tanye pasal direction. Sebab aku kalau drive mane reti nak ikut shortcut, potong sini tembus sana. Aku familiar dengan jalan-jalan kat KL, tapi bile tanye nama aku terus fail. Aku lagi suke gune ape yang aku nampak.


"Nak pegi KLCC? Ha kau jalan terus lepas tol ko nampak lapangan terbang tentera pastu ikut susur kiri masuk terowong keluar kat exit kanan pastu ko nampak bangunan Diners Club belok kiri bile nampak 3 pokok pinang pastu jalan terus, kalau nampak bas RapidKL nombor 72 ha ikut belakang die. Pastu bile ko nampak Isetan, tu maknenye kau dah sampai KLCC."

Bile orang mule bercakap pasal Jalan Ampang, Jalan P. Ramlee, Bulatan Pahang, Jalan Tun Sambanthan, Jalan Raja Chulan, terus aku blur. Yang aku tau cume kat Jalan Damai ade banyak restoran Arab yang overpriced. (PEMBETULAN: Restoran Arab overpriced kat Jalan Damai dah diarahkan tutup dan pindah. Makaseh Seroja for the info.)


Pernah sekali member aku datang amik aku kat rumah pastu kitorang nak pegi KLCC mengambik masa sejam setengah sedangkan sepatutnye 25 minit dah sampai. Semuanya sebab aku suke gunekan landmark bile carik jalan. Yela, dalam pale otak aku, untuk pegi KLCC kene lalu pokok pinang, padahal kat KL ade bape banyak jalan yang ade pokok pinang. Entah camane kitorang siap lalu Sentul sebelum sampai KLCC. Camane tuh?


Jadi, untuk mengelakkan sebarang perasaan malu dan segan bile orang bercakap pasal tempat-tempat sekitar KL, aku akan mention bende-bende yang obvious supaya orang tak tau yang sebenarnye aku tak tau tempat tu kat mane. Misalnya kalau kawan kau kate, "Rumah aku kat Danau Kota."


Make aku akan kate, "Oo, kalau nak pegi sane kene lalu bawah flyover pastu jumpe stesen minyak belok kiri kan?" 


"Ha ye betul."


Mission accomplished. Yela, kat KL kat mane yang takde flyover ngan stesen minyak?


Oleh itu, aku nasihatkan anda supaya ingat bende kecik-kecik yang korang nampak setiap hari. Mane tau satu hari nanti banyak gunenye.

Tuesday, May 10, 2011

Pegi Tony Roma's Tapi Mintak French Fries Je?

Friedrich Nietzsche. Adelah nama seorang ahli falsafah Jerman. Kalau sape-sape nak poyo konon-konon minat falsafah, boleh la letak ape-ape quote Nietzsche kat status Facebook supaya nampak deep.


Kirenye Nietzsche adelah tapak permulaan kepada sesape yang nak mencuba baca falsafah. Diibaratkan, kalau Nietzsche adelah minuman berkafein, beliau adelah teh tarik. Kalau Nietzsche adelah kedai baju berjenama, beliau adelah Zara. Kalau Nietzsche adelah barangan Apple, beliau adelah iPod Shuffle. Kalau Nietzche adelah sejenis kuasa dalam game Super Mario, beliau adelah cendawan kalau makan jadi besar. Kalau Nietzsche adelah sebuah kereta BMW, beliau adelah BMW 1-series. Kalau Nietzsche adelah sushi, beliau adelah sushi telur dadar (tamago). Kalau Nietzsche adelah  kamera SLR, beliau adelah Nikon D60. Kalau Nietzsche adelah sejenis cara untuk menjadi terkenal, beliau adelah sex tape.


Pendek kata, Friedrich Nietzsche adelah ahli falsafah entry level: khas untuk mereka yang cuba berjinak-jinak dengan bidang falsafah barat. Hujah beliau senang difahami, bahasa yang digunekan agak ringkas, dan cara penyampaian beliau sangat catchy.


Nietzsche adelah idola anak-anak omputeh emo yang baru habis sekolah. Kalau tengok filem Little Miss Sunshine, mamat rebel yang tanak bercakap tu die tengah baca buku Nietzsche. Dan kalau Martin Luther King adelah hero aktivis anti-racism, Nietzsche adelah hero kepada golongan anti-agama.


Aku dah bosan dengar orang yang sikit-sikit cakap pasal Nietzsche. Takde orang lain ke? Ke itu je yang ko kenal? Spinoza tak kenal? Hegel? Montesquieu?


Pff.

Saturday, May 7, 2011

Kisah Aku Masa Kecik

Ramai orang komplen blog aku takdak gambaq. Depa dok kata "Hang tulih panjang-panjang hang ingat oghang nak baca? Oghang zaman skang mana gheti baca. Depa lagi suka tengok gambaq. Mu nate bewok aku te mu mapuh!" (Ni anak kacukan Kedah-Kelantan, jadi slang suke tuka-tuka).

Jadi untuk entry hari ni aku akan cube letak gamba. Kebetulan pule harini aku akan bercerita, dan sebuah cerita adelah lebih menarik kalau ade gamba. Kalau Naruto dibuat dalam bentuk novel, aku pasti ia takkan popular macam skang ni sebab kanak-kanak skang buta huruf.

Baiklah, arakian bermula cerita.

Cerita ini berlaku sekitar tahun 1998. Ketika itu aku berumur 10 taun.


Aku ketika berusia 10 taun (gambar aku scan dari album lama)

Aku baru pulang dari sekolah agama naik beskal. Walaupun sekolah agama aku hanyelah 400 meter dari rumah, namun sempat juge aku beli kepok lekor, kuih seri muka dan air jagung di sepanjang jalan.


Kalau kerajaan betul-betul nak membanteras obesiti, aku rasa kerajaan perlulah mengurangkan bilangan peniaga-peniaga tepi jalan seperti penjual nasik lemak pagi-pagi, peniaga pasar pagi, pasar malam, bazar ramadan, uptown, dan semua jenis peniaga yang berniaga di atas jalan. Bak kata pepatah, kalau melentur buluh biar dari rebungnya. Jadi, kite perlu mencari apekah punca utama pertumbuhan bilangan peniaga-peniaga seperti ini. Jawapannye : kewujudan jalan. Kalau takde jalan, masakan peniaga boleh berniaga di atas jalan? Ape yang kerajaan perlu lakukan sebenarnye adelah memusnahkan semua jalan-jalan di Malaysia. Barulah kurang masalah obesiti.

Berbalik kepada cerita kita, aku pun pulang ke rumah kekenyangan. Dari situ juga aku belajar untuk multi-tasking, sebab hangpa ingat senang ka nak naik beskal sambil makan kopok lekor dan minum air jagung dalam plastik ikat tepi? Orang sarkis pun salute tengok aku mengawal keseimbangan tanpa cacat cela.

Tibe-tibe awan mendung, dan hujan mulai turun.


Aku terus masuk rumah, letak barang-barang sekolah dan dompet atas sofa ruang tamu. Ketika itu ade sorang mamat tengah repair aerial TV kat ruang tamu rumah aku, dan ketika itu beliau tengah pasang wayar-wayar kat belakang TV.


Gambar beliau betulkan aerial. (Rumah aku dibina ketika zaman pemerintahan Portugis di Keramat, jadi ia merupakan satu-satunye rumah yang dilengkapi dengan cerobong asap sebab, well you know, Keramat kan sejuk. Kalau tak sejuk, masakan budak-budak Keramat gemar keluar jalan-jalan pakai jaket, cardigan dan skaf. Paling berusaha nak berpeluh.)


Aku pun naik atas, masuk bilik, dan bersiap-sedia untuk ke Giant, tempat lepak kegemaran aku sebab kat situ ade arked game Sega Universe yang menawarkan bermacam-macam jenis game seperti Daytona dan Police Academy. Aku pun turun bawah sambil menunggu ketibaan rakanku yang nama samarannye adalah Telo sebab beliau kecik dan padat seperti sebiji telur. Kami dah janji nak pegi main game sama-sama.

Tapi nak dijadikan cerita, aku tak jumpe dompet yang aku letak atas sofa tadi. Panik, kaget dan resah menyelubungi diri. Dalam dompet tu takdela bende penting pun, sebab umur 10 taun IC pun aku takde lagi. Yang ade dalam tu cume duit dan kad biodata warna-warni yang ko tempah RM3.50 dapat sepuluh keping. Tapi duit tu yang penting, sebab dalam tu ade 23 ringgit yang aku kumpul dari saki-baki duit bile mak aku suruh beli barang dapur kat Giant dan aku buat-buat lupa pulangkan baki.



Aku pun mengesyaki bahawa juruteknik aerial TV itu ade kaitan dengan kehilangan tersebut sebab hanya die yang ade kat ruang tamu mase tu. Aku pun beranikan diri dan bersemuka dengan beliau lalu berkata, "Dude, where's my dompet?"

Beliau pandang aku dengan wajah seposen lalu berkata dengan penuh inesen, "Dompet? What dompet? Mane ade saya curik dompet awak yang berjenama Alien Workshop yang cuma ada 23 ringgit tu."


Aku dapat rasekan sesuatu yang tak kena dengan jawapan beliau, tapi aku tak pasti ape bende. Yang penting, ketika itu aku dah mati akal. Sedih pun ade, sebab untuk seorang budak 10 taun, 23 ringgit adelah seperti RM200 orang dewasa.

Aku pun melaporkan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa: mak aku. Beliau juge dapat rasekan yang juruteknik tulah yang mencurik dompet tersebut sebab takkanlah dompet tu tibe-tibe hilang di angin lalu? Ini dompet, bukan ubat gegat.

Maka mak aku pun berdoa kepada Tuhan yang bunyinye lebih kurang begini, "Ya Allah, kalau betullah mamat ni yang curik dompet anak aku, bukakanlah hati beliau untuk memulangkannya semula. Kalau beliau malu, beliau boleh campakkan dompet tu di halaman rumah ketika beliau pulang nanti."

Aku pun mintak duit kat mak aku untuk pegi Giant, sebab Telo dah menunggu. (Hilang dompet pun, misi main game perlu diteruskan. Barula istiqamah. Haha.)

Setelah selesai main game, aku pulang ke rumah dengan hati yang berdebar-debar. Adekah dompetku dipulangkan? Kalau pulang pun, duit ade lagi tak? Ke die rembat terus dompet aku? Ke dompet aku dalam bilik, aku yang tak carik betul-betul? Seribu satu persoalan bermain di fikiran.


Gambar kandidku yang dicuri ambil oleh sorang member mase aku tengah sibuk berpikir.

Sesampainye di rumah, aku tengok mak aku tersenyum di depan pintu. Di tangan beliau ade sebuah dompet yang sangat familiar di mataku. Alien Workshop. Ini waktu kemuncak cerita, maka sile bayangkan semua kejadian berlaku secara slow-motion dengan muzik latar sukan olimpik (teneng teng teng tengggg.. tenggg). Aku pun letak basikal, dan terus berlari ke arah pintu dan ambik dompet kesayanganku.


"Mane mak jumpe?" tanyeku.


"Kat dalam longkang depan rumah mase mak tengah sapu-sapu tadi. Nasib baik longkang tu kering."


"Duit ade lagi tak?"


"Semua ade dalam tu. Die tak amik pape pun."

Mase tu aku sangat gembira tak terkata. Dan sedikit kagum sebab doa mak aku memang makbul. Itu bukanlah kali pertama doa beliau dimakbulkan, dan bukan kali terakhir. Sebab tu aku takut nak buat jahat.

Tapi memang aku sayang mak aku sebab banyak bende baik yang jadi kat aku, mesti ade kaitan dengan beliau. Paling-paling pun kalau die takde ikhtiar lain, die akan doa, dan itu pun dah buat aku rase lebih selamat.

Oleh itu, kepada mak aku, dan kepada semua ibu-ibu lain yang sentiasa berdoa untuk keselamatan dan kesejahteraan anak-anak mereka, aku ucapkan


SELAMAT HARI IBU


Friday, May 6, 2011

Mani

Aku seorang yang boros. Boros gile babi sampai banker aku mintak naik gaji sebab selalu kene keje overtime bile uruskan akaun aku. 


Aku dah perasan kenapa aku boros. Sebab otak aku suke gune hujah reductio ad absurdum, atau dalam bahasa omputehnye reduction to the absurd. Hujah jenis ni banyak digunekan dalam matematik tulen untuk membuktikan satu teori betul atau salah. Aku suke menggunekan hujah ni bile berbelanja, dengan cara meyakinkan diri bahawa aku sebenarnye untung walaupon aku terang-terang tengah rugi.


Contohnye kalau aku pegi kedai Bustamam untuk beli topi berharga RM100. Pastu belek punye belek, tak jadi beli. Pastu aku singgah kedai Marzuki, nampak topi yang sama berharga RM80. Maka aku beli.


Dalam kepala otak aku, aku dah saving RM20, sebab aku nyaris-nyaris nak beli kat kedai Bustamam. Nasib baik aku beli kat kedai Marzuki. Padahal, secara mutlaknya, aku tak saving ape-ape malah aku dah jadi lebih miskin sebanyak RM80, sebab kalau pagi tu dalam bank aku ade RM200, petang tu dah tinggal RM120, jadi memang haram takde saving pun. Tapi otak aku tetap menegaskan aku dah saving RM20.


Kes kedua, kalau orang ajak keluar dinner. Kat France, dinner kat restoran dengan member-member selalunya berharga sekitar 25 euro. Kalau aku dah siap-siap nak pegi dinner, pastu tetibe dinner tu kensel. Maka secara automatik otak aku akan kate, "Tapi aku dah peruntukkan 25 euro untuk dinner malam ni, pastu tetibe kensel. Maka skang aku ade extra 25 euro. Ape aku nak buat?"


Padahal itu tak kire extra sebab masih duit aku, bukannye orang bagi duit kat aku suruh pegi dinner. Bangang betul. Nasib baik aku bukan Gabenor Bank Negara. Kalau tak mesti Rosmah pun isytihar muflis.

Jadi skang aku nak cube pikir cara lain bile berbelanja. Entah. Aku tak suke duit, tapi bile ade duit rase cam best.


Wednesday, May 4, 2011

Bagaimana Internet Boleh Buat Aku Sakit Jantung

"Good article. I'm totally agree with you!"

"Is it really exist?"

"You have to work hard if you want to success in life."


"Clever-clever squirrel jump, finally fall on ground also."






Uh. Pedih ulu hati.