Thursday, April 28, 2011

Gemuk Comel

Wushoo. Dah lame tak bukak blog. Macam-macam bende berlaku. Nak komen yang mane satu pun dah tak tau. Tapi skang dah tau. Nak komen pasal nasik lemak.


Banyak orang tak setuju nasik lemak dihadkan penjualannya kat sekolah. Aku pulak, setuju. Haha. Aku sangat setuju kalau makanan tak sehat diharamkan kat sekolah. Mase zaman sekolah aku dulu, semua makanan kat kantin takde yang sihat. Paling-paling sihat pun sandwich sadin (sadin, bukan tuna). Itupun memang takde orang nak amik, termasukla aku. Sebab aku suke amik yong tau foo kuah lebih dengan air sirap ais lebih (ais lebih yang stail ko minum 5 saat dah abis pastu ko amik straw, letak kat lubang ais, pastu isap macam aiskrim).


Mase tu duit belanja sekolah singgit sehari. Yong tau foo dah 50 sen. Sirap 20 sen. Baki 30 sen pegi beli bebola ikan kat pakcik Indon atas motor bile balik sekolah. Die kate la bebola ikan. Padahal kalau mende tu bebola tikus pun bukan orang tau. Aku pun main belasah je. Bende-bende goreng ni rasa sume same je. Cube ko try deep fry hamster. Mesti rasa macam drumet ayam.


Bile duit belanja sekolah naik 2 ringgit, lagi banyak aku beli. Naget la, ayam goreng la. Roti coklat pun aku beli. Sayur memang takde la aku nak sentuh. Rugi. Kalo nak makan sayur, kat rumah pun setiap hari dah kene paksa. Ni dah boleh pilih makanan sendiri, buat ape makan sayur, tak gitu? Lagipun kat sekolah aku tu ape je sayur yang die jual, aku pun dah tak ingat. Dalam mi goreng tu ade la kot sawi 2 helai. Dah layu lak tu.


Aku dulu mase sekolah rendah memang jarang makan nasik kat kantin. Mi goreng pun tak pernah sentuh. Aku dulu kecik-kecik memang dah perasan omputih. Keje asik makan roti je. Nasik lemak ni masa aku Form 2 baru aku stat makan. Yela, dah lapar. Aku tengok adik bongsu aku pun dulu kalau makan memang memilih. Sekarang sejak-sejak masuk asrama terus balun semua. Tapi nampak la ade kurus sikit. Kat jari kelingking kiri.


Jadi, aku sangat setuju bile kerajaan haramkan makanan tak sihat. Obesiti bukan masalah yang nak ditangani. Setakat obesiti, kisah ape. Comel ape kalau tengok orang gemuk-gemuk jalan-jalan. Tapi masalah sebenar adelah penyakit yang disebabkan oleh makanan-makanan ni. Obesiti ni salah satu simptom je. Kalau tak gemuk, tak bermaksud sihat. Itu hanye bermaksud kau memang ade genetik kurus. Tapi kalau tengok situasi Malaysia, berapa ramai orang kurus ade diabetes. Sampaikan bile kau cakap, "Aku ade kencing manis", orang lain dah langsung tak kisah. Biasa sangat dengar. 


Masalah kolesterol tinggi, high blood pressure, gout, etc. Sumenye sangat sinonim dengan masyarakat Malaysia. Dan ramai orang yang ade bende-bende ni, tak obes pun. Gemuk pun tak. Setakat ade perut bulat sikit-sikit je.


Ade yang cakap "Orang Melayu dulu-dulu makan nasik lemak setiap hari jugak. Elok je." Orang Melayu dulu-dulu takde Mekdonel, takde Burger King, takde teh tarik. Keje pun memang membanting tulang kat bendang. Orang sekarang keje dalam opis. Nak pegi pejabat pos yang 100 meter dari rumah pun naik kereta. Makan nasik lemak dengan teh tarik untuk sarapan, pastu ade brunch pulak, pastu baru ade lunch makan nasik 5 lauk. Padahal konsep brunch adelah ko gabungkan sarapan dengan lunch, bukan hidangan tambahan antara sarapan dengan lunch


Dan sifat makan macam bahabi bunting ni dipupuk sejak sekolah, di mana kantin hanya menjual makanan yang budak-budak suke. Takde had. Kalau mak bapak dorang bagi 10 ringgit sehari, sukati diorang la nak beli naget sampai habis 10 hengget pun takpe. Makcik kantin tu kisah ape. Bukan diorang nak nasihat, "Tahap kolesterol dalam naget ni melebihi keperluan harian adik, jadi tolong kawal pemakanan ye." Takde nye. Budak-budak tu memang bebas. Hanya garis panduan kerajaan yang boleh tolong kawal.


Kalau boleh, kerajaan kene bagi menu kat kantin sekolah. Setiap hari tukar-tukar, tapi semuanya makanan yang ade khasiat. Bagila variasi sikit. Bihun sup pun boleh kire sihat berbanding bihun goreng. Kalau Kementerian Kesihatan bagi menu kat sekolah-sekolah, lagi senang. Kalau budak-budak tak suka, diorang takde pilihan, kene beli jugak. Kalau diorang betul-betul tak nak makan, mak bapak diorang terpaksa bagi bekal. Kan lagi bagus.


Bukan ape. Aku rasa ramai orang terlampau disilaukan dengan istilah obesiti. Pada diorang, kalau tak obes, takpe. Macam jugak la mat rempit yang ramai-ramai tu. Bile ko cakap jangan merempit sebab boleh mati katak, diorang kate, "Eleh aku dah merempit hari-hari takde pun mati?" Kalau kau tak mati, adekah bermaksud orang lain pun tak mati? Kalau kajian dan statistik membuktikan yang sebahagian besar kematian kat Malaysia berpunca daripada makanan tak sihat, takkan ko nak sangkal? Kalau nak sangkal, sila buat kajian sendiri, dan buktikan.


Obesiti bukan masalah. Kau nak gemuk macam Yokozuna pun takpe. Comel. Yang jadi masalah adelah sakit jantung, darah tinggi, high cholesterol, kencing manis, sakit buah pinggang, gout dan sebagainya. Kalau kau gemuk tapi sihat (hehe), ape salahnye? Kalau kau kurus tapi jalan 50 meter dah termengah mintak nyawa, takkan masih dikire takde masalah kesihatan?








Saturday, April 16, 2011

Batak

Okey aku dah bersedia nak menjilat ludah sendiri.


Aku baru lepas activate segala fungsi dalam Blackberry baru aku. Daripada Facebook for Blackberry, sampai la ke GPS, sampai la ke Mobile TV. Gile babi ah. Aku tak tau pun selama ni ko boleh tengok TV kat Blackberry. Kagum gile sekejap. Siap bukak TV kat rumah pastu pasang TV Blackberry nak tengok synchronized ke tak. TV Blackberry lambat 2 saat, tapi takde buffering.


Dan Blackberry Messenger is da bomb. Aku tak paham kenapa sume pembuat henpon takde sistem camni. Macam Nokia Messenger ke. Kat France, memang kebanyakan data plan untuk sume henfon ade include unlimited SMS, jadi aku rase zaman sekarang ni SMS memang dah sepatutnye percuma. 


Batak gile babi.


Masih batak. 


p/s: Aku dibenarkan guna istilah batak sebab ade desas-desus mengatakan aku ade darah Batak. Jadi tak dikire racist.

Wednesday, April 13, 2011

Purdah Sudah Diharamkan

France baru luluskan undang-undang mengharamkan pemakaian purdah (burqa). Aku baru lepas tulis pendapat aku kat sini.

Sekian.

Sunday, April 3, 2011

Akademi Poco-Poco

Fuh... Nasib baik pengetua AF9 bukan Ahmad Dhani. Amy Search yang dapat. Lega aku. Benci tau Astro buat kejutan-kejutan camni.

Jas kiding. I don giv a sheet. 

Semalam aku baca berita dia tulis "Penantian seluruh rakyat Malaysia berakhir apabila Amy Search diumumkan sebagai pengetua AF9".

Hoh. Seluruh rakyat Malaysia? Konfiden gile. Adekah ni statistik rasmi dari Jabatan Perangkaan Malaysia? Aku boleh bayangkan apek jual telur ikan kat Pasar Yulek Cheras potong ikan dalam keadaan berdebar-debar menunggu siapakah pengetua Akademi Fantasia 9. Patutla sepanjang minggu ni aku rase makan tak kenyang tidur tak lena. Rupenye di luar sedar, aku tengah tunggu pengumuman pengetua AF. Sekarang tidurku sudah nyenyak seperti bayi.

On a more serious note, AF dah sembilan dah ke? Maknenye kalau purata satu batch ade 13 orang, Malaysia sudah mempunyai lebih kurang 104 graduan Akademi Fantasia. Nih aku nak bagi satu celenj. Barangsiapa yang boleh bagi nama 5 pelajar bekas AF yang telah berjaya memberi sumbangan membanggakan kepada industri muzik tanah air (iklan megi tak kire), aku bagi hadiah jam tangan Licorne. Hah. Susah nak jawab tuh. (By the way, jam tangan Licorne adelah hadiah saguhati dalam rancangan kuiz tersohor tanah air, Perdana Ria.)

Tapi ini mungkin merupekan salah satu cara untuk rakyat Malaysia mengisi masa lapang. Sebab sejak poco-poco diharamkan, aku tengok makcik-makcik kat kedai runcit sume muke mandom je tak tau nak buat ape. Sebelum ni, asal ade masa lapang je, masing-masing berebut nak tunjuk skill poco-poco terbaru. Atas basikal pun jadi.

Maka kita perlukan AF untuk mengisi kekosongan tersebut, supaya memberi sinar baru kepada mereka untuk meneruskan hidup.

Sebab yelah, tarian poco-poco yang dibuat sebagai salah satu cara untuk bersenam sambil berhibur, dah diharamkan. Tapi satu kumpulan pelajar laki pompuan menyanyi berjoget macam tak ingat dunia sambil peluk-peluk nangis-nangis atas pentas, masih lagi halal. Baik kita buat benda yang halal ye tak?