Saturday, February 26, 2011

Wanita

Aku rasa minggu lepas adalah minggu paling menarik dalam hidup aku. Ye, paling menarik dalam tempoh 22 taun aku hidup, mengalahkan segala-gala pengalaman hidup aku selama ni.


Kenape?


Okey kalau nak terangkan memang at least kene lapan jam depan komputer. Jadi aku bagi beberapa butir maklumat sudah. Seperti yang diumumkan beberapa bulan lepas, aku dijemput menghadiri health conference kat Norway selama 10 hari. Para tetamu yang dijemput berucap dalam majlis tersebut adalah putera raja Norway dan bini beliau, menteri luar negeri Norway, aktivis gypsy dari Croatia, pakar etnologi dari US, pakar statistik tersohor dunia (Prof Hans Rosling), dan paling penting, bekas menteri hal ehwal wanita dan timbalan perdana menteri Afghanistan, Dr. Sima Samar. Beliau adalah seorang wanita feminis, tak pakai tudung, dan berpendidikan tinggi. Semua ciri berikut memang melayakkan beliau menjadi kambing korban dalam majlis aqiqah Taliban. 


Dan aku dapat berbual dengan beliau. Sejak-sejak buku Khalid Hosseini pasal Afghanistan di bawah payung Taliban, dan bagaimana hidup masyarakat Afghanistan yang sangat patriarchal di mana pompuan memang dilayan seperti hamba yang tak patut dibagi pendidikan sebab bile umur 13 dah kene kawin, memang aku sangat tertarik macam mana wanita macam Dr Sima Samar ni boleh wujud. Dengan bantuan kerajaan Norway, die boleh bukak sekolah untuk pompuan kat Afghanistan, walaupun diugut oleh Taliban. FYI, ni bukan kat sekolah rendah di mane kalau ko kene ugut, paling-paling busuk pun budak tu pancitkan tayar beskal ko je. Dengan Taliban, kalau die ugut, ko wajib takut sebab ini bermakna memang jarak kau dan malaikat Izrail hanyelah sekangkang cencurut.


Kitorang berbincang pasal banyak topik, antaranya adelah topik perbezaan pendidikan di kalangan wanita Afghanistan dan Malaysia. Situasi yang sangat berbeza, tapi ade persamaan. Kalau kat Afghanistan, pompuan tak dibenarkan belajar walaupun diorang nak gile babi. Lepas akil baligh akan dikawinkan dengan saudagar minyak atar (kat sane kire kaya la tu) berumur 80 taun yang miang keladi sedangkan benda yang masih boleh menegak pada badan beliau hanyelah ibu jari.


Kat Malaysia pulak, kateku dengan yakin, pompuan dibenarkan belajar sampai ke bulan tanpa sekatan, malahan kat universiti lagi ramai pompuan daripada laki. Tapi lepas ade degree, master atau PhD, banyak yang mengambik keputusan untuk berenti keje dan membantu suami yang tercinta untuk membesarkan keluarga, sedangkan kebijaksanaan wanita kat Malaysia kalau dieksploitasi dengan baik memang boleh menyebabkan pembangunan yang lebih pesat. Dan aku mengeluarkan ayat kontroversi yang menyebabkan aku jadi popular sekejap kat conference tersebut, yang berbunyi : "How do we solve the problem of overqualified housewives in countries like Malaysia?"

Jawapan beliau : "I'm pro-choice, and I think if it is their choice to be housewives, then they should do whatever they want."


Persoalannye adelah, adekah itu pilihan mereka? Atau adekah itu keputusan yang diambik atas tekanan sekeliling? Sorang minah ni cakap kat aku, "Pompuan tau yang lelaki takkan berenti keje untuk jaga anak. Maka pompuan la yang kene buat, kerana kami lebih matang dan lebih bersikap keibuan." Duhh, memangla pompuan yang kene bersikap keibuan. Kalau aku nampak bapak tetibe nak menetek anak, lari tak cukup tanah aku jawabnye.


Masalahnya, kenapa kene ade orang yang berenti keje? Mak bapak aku keje, tapi aku elok je membesar dengan riang ria. Takde plak aku pegi isap gam belakang pondok jaga sekolah.


Maka persoalan aku dibiar terumbang-ambing, seperti perahu tak berpengemudi. Karam tidak, bergerak pun tidak. Ruangan komen dibukak untuk diskusi.


p/s : Eh tetibe aku tak reti nak ektivet balik komen. Maka takde komen la nampaknye. Heh.



Thursday, February 3, 2011

Kaki Forward & Repost kat Facebook

Dah beberapa kali aku tengok ahli umat manusia dalam Facebook letak status yang sama iaitu :


Mulia sungguh hati mereka sebab berkongsi firman Allah di Facebook. Aku puji usaha tersebut, walaupun effort diorang hanyelah ctrl c + ctrl v + "share" pastu siap. Cuma aku agak jengkel sebab die tak bagi nama ayat. Kalau bab-bab quote, memang aku suke carik asal-usul bende tu supaya paham konteks dan tau kenapa bende tu dituturkan.

Contohnye macam ayat "I'll have what she's having" yang dituturkan dalam filem When Harry Met Sally. Kalau baca macam tu, memang tak kelakar langsung dan macam tak layak nak jadi satu quote yang famous. Tapi bile dah tengok filem tu dan paham konteks, terus jadi kelakar gile nak mampus.

Maka setiap quote yang dituturkan, mesti ade ayat rujukan dan konteks.

Dan untuk mencari konteks firman Allah yang tibe-tibe glemer kat status Facebook tersebut (sebab sebelum ni aku tak pernah dengar ayat tu), aku pun macam biasa, gunekan kombinasi Google + Wiki + Yahoo Answers. Maka misteri terungkai :

Ayat tersebut tak wujud dalam Al-Quran.

Yeah bebeh. Ayat tersebut hanya wujud dalam Bible dengan beberapa variasi :

"But whoever denies me before people I, too, will deny them before my Father in heaven." - Matthew 10:33

"But he who disowns me before men will be disowned before the angels of God." - Luke 12:9

"If we deny him, he also will deny us." - Timothy 2:12

Dalam Islam, ayat paling hampir (tapi langsung tak sama) dengan ayat tersebut adalah dalam satu hadis Qudsi berbunyi :

"Bila dia menyebut namaku dalam perkumpulan orang banyak, aku menyebutnya dalam perkumpulan yang lebih banyak dari mereka." - Hadis Bukhari dan Muslim.

Setelah puas mencarik, aku mendapati memang takde firman atau hadis Qudsi seperti yang disebarkan kat Facebook. Tapi mengapakah orang-orang alim/separa alim/perasan alim/suke tunjuk alim/pura-pura alim suka sangat post bende ni kat status mereka?

Dan mengapa setiap kali ade orang post status tersebut, mesti ramai yang like tanpa curiga? Adakah ini konspirasi Freemason? Atau Illuminati?

Adakah ini dakyah Yahudi untuk menjatuhkan umat Islam seperti mana diorang mempengaruhi kanak-kanak dengan kartun Pokemon sebab menurut e-mail yang aku dapat, perkataan Pikachu bermaksud "Jadilah seorang Yahudi"? Dalam bahasa ape, aku pun tak tau. Tapi kalau kerajaan nak haramkan Pokemon, diorang kene haramkan penggunaan senduk sebab setau aku, dalam bahasa Papua kuno, perkataan 'senduk' bermaksud 'marilah kita cirit merata sambil berlari-lari anak di khalayak ramai tanpa segan silu'. (Ye, perkataan bahasa Papua memang pendek-pendek dengan maksud yang sangat spesifik.)

Atau seperti mana diorang cuba merosakkan akidah umat Islam dengan mengeluarkan iPhone 4G sebab menurut e-mail yang aku dapat baru-baru ni juga, iPhone 4G bermaksud "Israel Phone : Gold, Gospel, Glory, Girl"?

Kesimpulan :

Prinsip pertama dalam menjadi seorang yang bijaksana adalah check & double check. Dalam research paper, tesis atau ape-ape jenis penulisan ilmiah, semua quote memerlukan rujukan. Tak boleh senang-senang cilok ape orang cakap pastu lepas tangan. Ini bukan saje untuk mengelakkan plagiat, tapi juge supaya pembaca tak tertipu dengan fakta salah.

Kalau setakat tulis quote sendiri pastu bubuh nama orang terkenal supaya quote tersebut nampak bijak, aku pun boleh buat. Nah :


"Barangsiapa yang menggemari ayam, nescaya beliau akan menggemari ayam penyet." - Mahatma Gandhi.