Aku rase macam nak beli Blackberry baru. Tapi aku takut aku akan bertukar jadi macam para BB-ians celaka, iaitu mereka yang 29 jam sehari pegang BB dalam tangan tanak lepas, dan hidup diorang hanya berkisar pada BB dan segala yang boleh dibuat dengan bende tu.
Aku paling benci bile lepak dengan orang yang tak boleh lekang henfon. Kalau pegi mamak, mesti nak letak henfon atas meja sebab senang kalau orang call. Walaupun henfon dah cukup nipis, pastu ade ringtone kuat macam haram, pastu siap ade vibrate, tapi masih tanak letak dalam poket takut-takut tak perasan orang call. Okey, alasan diterima. Tapi bile takde orang call pun ko masih nak cek henfon setiap 3 saat.
Aku benci bukan sebab ape. Tapi diorang tengah lepak dengan aku, jadi bile diorang cek henfon setiap masa nampak macam aku ni membosankan. Kecik ati pun ade. Lebih-lebih lagi bile tengah sembang gelak-gelak, tetibe diorang capai henfon, pastu bukak Facebook. Huh? Woi! Ni kawan real life ko ade kat depan mate in flesh and bones dan tengah cakap kat kau tanpa lagging atau gune emoticons. Tapi ko maseh nak bukak Facebook, tengok status updates bangang macam "Laparr~~" yang dikomen dan di-like sendiri oleh tuan punya page. Bile ko prefer bende lame macam tu daripada bercakap dengan aku, nampak macam aku loser gile babi. Maka aku bengang.
Dan kalau aku bengang, terus aku capai henfon sendiri dan buat tak hiraukan kau, walaupun ape yang aku buat hanyelah lock/unlock phone. Tapi rasa bengang aku membuatkan aku terus malas nak cakap pape dan kalau boleh balik, aku nak balik terus. Pada aku, bile aku tengah berbual atau buat aktiviti sosial yang melibatkan orang lain, mereka menjadi keutamaan aku. Henfon bunyik pun aku tak hiraukan kecuali kalau aku tau bende tu penting.
Dan kalau pun ade orang call ko masa kite lepak kat mamak, adekah ko wajib angkat?
Kalau kite tengah sembang-sembang 2 orang, pastu tetibe ade orang call, ko angkat, pastu sembang pasal kerusi plastik yang korang nampak kat IKEA semalam. Aku kat depan ko ni terkulat-kulat minum teh tarik sambil buat-buat berpikir pasal bende lain, sambil tunggu ko letak talipon. Pastu ko pegi bantai bukak topik lain, gelak-gelak. Pada aku, itu kurang ajar. Bile mase orang yang call atau SMS jadi priority? Kalau aku betul-betul kene reply SMS dan-dan tu jugak, aku akan bagitau kenapa, supaya orang tak anggap aku rude.
Dan sekarang bile dah ade BBM dan orang boleh anta SMS percuma bile-bile masa, makin teruk plak jadinye. Pernah aku lepak ngan sorang minah ni, sembang-sembang minum kat Coffee Bean, pastu tetibe die gelak. Aku pun pelik sebab aku buat lawak 2 minit yang lepas, takkan die maseh gelak lagi. Aku tanye kenape, die kate, "Tak, cousin I ni haa.. Buat lawak bodoh pulak." Pastu aku perasan Blackberry kat atas peha die. Rupenye selama kitorang bersembang, die tengah BBM dengan sepupu die. Babi tak babi? Rasa macam dicurangi. Terus aku main game kegemaran aku: lock/unlock henfon.
Aku bukanla gile sangat nak orang bagi perhatian kat aku. Aku bukanla attention seeker sampai macam tu. Tapi aku cuma nak orang respek la sikit. Aku dulu dahla tak reti drive, so kalau aku berada kat depan kau sekarang, maknenye aku dah sanggup melalui susah-payah bangun awal dan naik LRT/bas/teksi/komuter atau paling memalukan, tumpang kereta orang. The least yang ko boleh buat adelah fokuskan 2 jam yang kite lepak ni untuk catch up, dan jangan nak bukak Facebook, main Twitter atau balas-balas SMS dengan orang lain. Itu kurang ajar, dan aku sanggup balik terus walaupun terpaksa naik LRT/bas/teksi/komuter atau paling memalukan, mintak mak aku amik.
Dan sebab tu jugak aku malas nak gune Twitter. Sebab aku rase Twitter ni macam status updates Facebook yang dipadatkan dalam satu page. Kalau status updates pun aku dah rase annoying, inikan pulak Twitter. Dan orang-orang yang sentiasa nak tulis kat Facebook lokasi diorang (Foursquare la, hape la), adekah mereka rasa orang lain kisah kat mana diorang berada sekarang? Haha. Mungkin nak rasa jadi selebriti, dan disebabkan takde paparazzi yang nak sibuk amik gamba kau dan hantar kat Gossip Girl dengan tajuk "Spotted : Bustamam pegi makan kebab", maka kau pun mengekor diri sendiri dan hantar kat Facebook. Itu sedih. (By the way, aku dah hide dah pun Foursquare sume tu dari Facebook aku sebab dah ramai sangat yang gune. Setakat ulang-alik pegi kelas, takyah la nak bagitau sume orang.)
Tapi still, Blackberry yang baru tu nampak macam best. Aku punye kontrak talipon dah habis nih. Duit pulak baru masuk. Macam ade rase-rase gatal kerandut nak beli henfon baru pulak. Aku baru tengok haritu. BB baru tu memang nampak sickkkkkk.

Tuesday, January 25, 2011
Bende Paling Kurang Ajar Di Zaman Moden
MENULIS
PADA
5:56 PM



