
Seminggu aku lepak kat sini. Sekarang dah kopak. Esok hari terakhir dalam taun 2010. Good riddance! Sebab 2010 bukanlah taun yang baik untuk aku.
Tukar topik.
Kerajaan bagi cuti sebab menang bola adelah satu tindakan yang kebudak-budakan dan separuh masak. Rilekla, baru menang bola dah dapat cuti. Macam Malaysia ni loser gile babi tak pernah menang ape-ape, sampaikan bile menang sikit dapat cuti terus. Ade yang bangga kat Facebook, letak link artikel USA Today pasal "Malaysia declares public holiday over football win." Sedangkan tajuk artikel tu sah-sah berbaur sarkastik dan menyindir, sebab bunyiknye sangat ridiculous.
Tapi kite bangga. Dahla menang bola, dapat cuti, pastu keluar paper kat US!
Aku laser sekor-sekor kang baru tau. Eh, dah ade orang buat eh? Cilake.
Thursday, December 30, 2010
Cuti
MENULIS
PADA
5:21 PM
Links to this post
Friday, December 17, 2010
Syair Untuk Marion
Alamak. Marion Caunter dah sah bernikah dengan anak NAZA. Buat penat je aku kumpul duit.
Takpe, aku relakan. Walau aku tau kite lebih bahagia bersama, tapi kau lebih mementingkan harta dan wang ringgit. Setakat jejaka tampan tetapi papa kedana seperti aku, kau hanya pandang sebelah mata.
Ingatkah kau Marion, ketika kite bersama-sama meredah hujan sebab nak beli aiskrim potong berperisa kacang merah di Pasar Mini Rejeki? Tapi tiba-tiba aiskrim kacang merah hanye tinggal satu, jadi aku bagi kat kau. Aku amik perisa jagung.
Ingatkah kau Marion, ketika tayar basikal kau pancit di tengah jalan ketika pulang dari tengok Lagi-Lagi Senario di rumah Bustamam, lalu aku bagi kau pinjam basikal aku dan aku sanggup sorong basikal kau sampai rumah dan pam tayar kau?
Ingatkah kau Marion, ketika budak-budak mentertawakan kau sebab kau jatuh terkangkang kat tepi tangga bilik guru, tapi aku sanggup menolong kau bangun dan meng-abugit budak-budak lain yang sedang ketawa terbahak-bahak?
Ingatkah kau Marion?
Ku tak pernah berharap kau kan merindukan keberadaanku yang menyedihkan ini. Ku hanya ingin bila kau melihatku kapan pun di mana pun hatimu kan berkata seperti ini :
Pria inilah yang jatuh hati padamu. Pria inilah yang kan s'lalu memujamu. (Aha, yeahh.. Aha, yeahh..) Begitu para rapper cuba menghiburku.
Akulah orang yang selalu menaruh bunga dan menulis kad cinta di atas meja kerjamu. Akulah orang yang kan selalu mengawasimu, menikmati indahmu dari sisi gelapku.
Dan biarkan aku jadi pemujamu jangan pernah hiraukan perasaan hatiku. Tenanglah tenang pujaan hatiku sayang. Aku takkan sampai hati bila menyentuhmu.
Mungkin kau takkan pernah tau, betapa mudahnya kau 'tuk dikagumi (na na na na na na na)
Mungkin kau takkan pernah sadar, betapa mudahnya kau 'tuk dicintai (na na na na na na na)
Marion, aku berdoa semoga kau berbahagia hingga ke anak cucu. (Tapi, just in case ape-ape jadi, nombor telepon aku adelah 0608834253. Hehe.)
MENULIS
PADA
11:08 PM
Links to this post
Thursday, December 16, 2010
"Bro, you ni kurang bijak ke?"
Mesej Facebook kelakar yang diterima pagi tadi daripada seseorang yang aku tak kenal:
"Bro, you ni golongan anti-MLM ke?"
Aku suke perkataan 'golongan'. Nampak macam aku mewakili semua orang anti-MLM kat Malaysia. Aku tak jawab pun mesej tu, sebab aku tau die budak MLM dan die nak bincang pasal MLM. Dan dari page beliau, terus aku nampak kat mane tahap pemikiran die. Aku tak perlukan orang-orang begini dalam Facebook aku. Menyemak. Buat sakit hati je tengok orang-orang macam ni. Nak duit banyak tapi tanak pakai otak.
Eh haritu kate tanak cakap pasal MLM dah. Okey okey aku stop. Cume aku nak cakap, kalau korang ade mase, bace la blog ni :
http://aididmuaddib.blogspot.com/
Seorang yang mempunyai background in medicine, orang-orang macam ni la yang kite nak. Berpendidikan, dan tau ape yang diorang katekan. Bukan setakat "Beli sabun MLM harga RM300, kompem hilang masalah mati pucuk," tanpa penjelasan kenapa sabun tu harga sampao RM300 dan takde bukti bende tu berkesan.
Kalau nak bagi fakta, buat research betul-betul. Kalau korang hanye lepasan SPM yang takde langsung pengetahuan dalam perubatan, finance, ekonomi mahupun matematik asas, jangan la memandai nak jual ubat dan suplemen kesihatan. Orang-orang MLM ni nak korek duit ko je, sebab die tau ko tengah desperate nak carik ubat. Ubat tu berkesan ke tak, bukan die kesah. Asalkan die dapat duit ko untuk dibahagikan kat orang atasan. Hmm.
Sedih betul tengok.
MENULIS
PADA
6:00 AM
Links to this post
Polis Tatabahasa #2
Anda rindukan segmen Polis Tatabahasa? Aku tau. Aku pun rindu nak caci-maki pasal tatabahasa. Jadi mari kita lihat ape yang aku dapat caci daripada sumber-sumber seperti status rakan-rakan di Facebook, SMS dan komen-komen kat Youtube.
1) Kata nama yang tak boleh dibilang
Kesalahan paling common adelah "stuffs". Perkataan tersebut tidak wujud. Dalam ape jenis keadaan pun, stuff takkan jadi plural sebab ia tak boleh dikira.
"I'm thinking about a lot of stuffs." (SALAH)
"I'm thinking about a lot of stuff." (BETUL)
"I need to take 3 stuffs from my room." (SALAH)
"I need to take 3 things from my room." (BETUL)
"Don't eat weird stuffs that give you stomach ache." (SALAH)
"Don't eat weird stuff that gives you stomach ache." (BETUL)
Jadi, setiap kali kite rase nak cakap "stuffs", baik cakap "things" sebagai langkah keselamatan.
Begitu juge dengan perkataan "advice". Ia tak boleh dikira. Memang nampak macam tak logik sebab dalam bahasa Melayu kite boleh cakap 'sebuah nasihat'. Tapi dalam English tak boleh.
"Do you want an advice?" (SALAH)
"Do you want a piece of advice?" (BETUL)
"I have three advices for you." (SALAH NAK MAMPUS)
"I have some advice for you." (BETUL)
Ini cume 2 contoh yang common. Banyak lagi perkataan camni seperti furniture, water, sugar dan sebagainya.
2)One of the things....
Ini pun banyak orang buat salah.
"One of my book is missing." (SALAH)
"One of my books are missing." (SALAH JUGE)
"One of my books is missing." (BARU BETUL)
Logik? Sebab satu buku je yang hilang daripada banyak-banyak buku. Sebab tu kene letak "books" dalam plural, tapi masih gunekan "is" untuk menunjukkan hanya satu buku yang hilang.
Jadi kalau Bustamam nak berlagak dengan berkata, "I was one of the best student in school", maknenye hanye die sorang je budak dalam sekolah dia, maka kalau dia bodoh pun dia masih best student. Sepatutnya dia cakap, "I was one of the best students in school." Baru orang kagum, sebab saingan dia ramai.
3) To look forward to + (verb) + ing
"I am looking forward to see you." (SALAH)
"I am looking forward to seeing you." (BETUL)
Ye, memang dulu cikgu cakap "lepas to tak boleh ade ing blabla...". Tapi 'to' dalam hal ni adelah satu preposition. Ia bukannye ermmm... Ah malas ah nak terang, sebab nanti kene gune jargon-jargon linguistik. Cuma mende ni kene ingat sebab senang kompius. Banyak phrase dalam English yang menggunekan prinsip yang sama, contohnye:
I am used to walking to school.
My skin is prone to bruising.
When it comes to singing, you have to acknowledge that Bustamam has a nice voice.
Dan lain-lain.
Sekian saje segmen Polis Tatabahasa untuk hari ni. 
MENULIS
PADA
3:40 AM
Links to this post
Tuesday, December 14, 2010
Farmbook
Kalau korang perasan, sejak seminggu lepas aku ade letak iklan Farmbook kat sidebar blog ni. Iklan ni bukanlah sejenis pesanan penaja sebab aku tak dibayar. Aku memang menyokong setiap jenis perniagaan yang aku kira halal, berinisiatif mulia, lain daripada yang lain, serta jujur dan tak menipu pengguna. Bak kata pepatah, sebutir nasi adelah setitis peluh petani. Melentur buluh biar dari rebungnya. Dan lain-lain pepatah yang berkaitan dengan pertanian.
Farmbook ni bukanlah sejenis permainan macam Farmville. Takde kaitan pun kecuali penggunaan perkataan farm. Farmbook adelah satu komuniti khas untuk para penternak, petani dan peladang Malaysia untuk berkongsi pengalaman, bertukar pendapat, belajar memajukan diri dan meluaskan perniagaan. Contohnya kalau korang mencarik rumpur napier untuk makanan haiwan ternakan, atau mencari peniaga ikan talapia merah, atau bini korang mengandung dan mengidam nak minum susu kambing segar dari ladang, atau korang curious nak tau cara-cara menternak lembu, memang tak syak lagi. Inilah website yang korang cari-cari.
Jangan malu-malu untuk mendaftar. Mungkin hari ni korang tak rase impak bidang pertanian ni dalam hidup korang. Tapi mane tau satu hari nanti harga ikan keli melonjak naik dan korang tibe-tibe teringin nak bela ikan keli. Farmbook adelah platform yang sesuai untuk memulakan langkah pertama dalam menerokai bidang pertanian dan penternakan.
Farmbook telah pun dirasmikan oleh Datuk Seri Najib ketika MAHA 2010 (abaikan makhluk tidak kacak berkulit hitam manis yang terlebih muncung kat sebelah Najib dalam gambar di atas, beliau memang suka mencapap tidak kira tempat dan masa. Dah la orang lain rilek je pakai kemeja, die gigih pakai kot belang-belang). Jadi tiada keraguan tentang kredibiliti laman web ni.
Mari ramai-ramai serbu Farmbook! Ajak sepupu-sepapat dua pupu dua papat anda sekali. Farmbook adalah 100% produk anak tempatan, jadi sape-sape yang bangang sangat yang obses dengan Illuminati la, The Arrivals la, jangan risau, mende ni takde menyumbang kepada zionis.
MENULIS
PADA
6:13 AM
Links to this post
Monday, December 13, 2010
Orang Tidak Comel Tetapi Berkelakuan Menjengkelkan
Ini adelah komen-komen pada satu video Facebook pasal sorang budak kecik yang menangis sebab tak muat nak masuk dalam kereta mainan beliau.
Kenape kau tulis komen macam ni setan? Kau ingat kau comel ke tulis macam tak cukup hurup vokal dalam dunia ni? Nak kata budak-budak lagi, dah tua bangka. Nak kata tak cukup ruang, ini bukan SMS mahupun Twitter. Ini Facebook. Kau nak kopipes satu kamus dewan pun muat. Dalam panjang-panjang kau tulis, takde satu perkataan pun yang dieja dengan betul.
Hanye dua alasan yang boleh aku terima kalau orang tulis macam ni. Satu, die menghidap dyslexia. Dua, beliau hanya ade satu jari untuk menaip, jadi kepantasan menaip menjadi kurang empat kali ganda (sebab purata manusia hanye gune 4 jari untuk menaip) maka beliau perlu mengoptimumkan penggunaan jari.
Aku mengambik masa seminit untuk betul-betul paham ape yang die tulis. Dan itu mendatangkan amarah, sebab manusia mencipta tulisan untuk memudahkan komunikasi, bukan menyusahkan. Bile kau tulis "dk kck", macam-macam perkataan yang tampil dalam kepala aku seperti duku kacak, daki kocek, duck kick, dick kecik, dok kecek (kelate), dekat kemuncak, duka kecelakaan dan sebagainya. Bagaimana neraka kah aku nak tau yang sebenarnye kau nak tulis "budak kecik"?
Dan sejak bile short form untuk "kalau" adelah "lo"?
Paling ironik sekali ialah bile kau sanggup tulis "rse" untuk "rasa" (ye la sebab bile buang satu "a", kau jimat 0.00000054 saat dan kalau kumpul-kumpul sepanjang hidup, boleh jadi 5 minit, banyak tu), tapi tibe-tibe kau boleh tulis "nieh" dan "nyer" sedangkan "ni" dan "nya" adelah lebih pendek, lebih tepat dan sangat-sangat socially acceptable. Takde orang akan cakap kau skema kalau kau tulis "budak ni" instead of "budak nieh".
Itu belum lagi manusia-manusia tua bangka yang suke perasan comel dengan menulis "eeee awk ni tomeii sangat hikhik (^^)v".
Kalaulah Facebook poke boleh membunuh, dah lama aku poke kau enam juta kali sehari.
p/s : Aku tengah nak exam. So sile tolerate perangai aku harini yang asik rase nak marah kat semua benda. Dahla semalam aku nampak balik tikus haritu. Teka kat mane? Ye tepat sekali. Tengah melepak dalam toaster. Pukimak betul.
MENULIS
PADA
2:55 AM
Links to this post
Sunday, December 12, 2010
Periuk kata cerek hitam
Satu mende yang aku rase kelakar adelah bile blogger yang tak berenti-renti kutuk blogger lain dan perasan beliau adelah seorang blogger paling tak poyo, tak mencari publisiti, tak menagih komen, tak mengharap trafik, tapi entry-entry beliau kebanyakannye berkaitan dengan "Oh blog aku ramai orang datang tapi aku tak kesah pun", atau "Oh blogger ni suke buat macam ni, blogger tu suka buat macam tu, jijik betul, tengok macam aku.." atau "Aku paling benci blog-blog yang ________".
Kalau kau nak blogging pasal blogging dan perangai blogger, aku tak kesah. Tapi sile mengaku yang kau tu blogger, kau nak orang baca blog kau, kau letak ruangan "Follower" besar-besar kat tepi blog kau pun sebab nak menunjuk bilangan follower atau nak suruh orang follow. Jangan la nak hipokrit. Kelakar tengok.
Rase macam tengok budak tadika yang suke sakat budak pompuan, tarik rambut la, tolak buaian laju sangat sampai budak pompuan tu nangis la. Padahal suka sebenarnye.
Pada pendapat aku, makin banyak kau tulis pasal ke-tidak-obsesi-an kau terhadap blogging, komen-komen, followers, statistik, trafik, Nuffnang dan sebagainya, makin kau menunjukkan betapa kau adelah sebenarnye orang yang paling obses dengan benda-benda tu sebab tak boleh berenti bercakap.
Berentilah jadi in denial. Cakap pasal bende lain pulak. Banyak je topik menjengkelkan kat dunia ni yang ko boleh komen.
MENULIS
PADA
7:20 PM
Links to this post
Friday, December 10, 2010
Burung Kakak Tua
"Ape khabar si kakak tua? Sihat?"
"Khabar baik."
Senyum aku dengar kakak tua membalas soalan. Bijak kakak tua ni, pikirku.
"Dah makan ke, si kakak tua?"
"Khabar baik," kata si kakak tua sambil mencakar batang kayu tempat die hinggap.
"Tuan kau mane? Takde kat rumah?" tanyeku lagi.
"Khabar baik!" kata si kakak tua sambil terbang pusing-pusing dalam sangkar.
Hai si kakak tua. Kau bijak, tapi kau tak paham soalan dan kau tak paham ape yang keluar dari mulut kau sendiri. Setiap kali disoal, kau ulang ayat sama. Ayat yang diajar dan diulang-ulang oleh tuan kau. Kau bijak, tapi kau dungu pada masa yang sama.
"Ala comelnyaaaa..." kata si kakak tua sambil kibas kepak. Tergelak aku sekejap, sambil mengorak langkah masuk kereta.
MENULIS
PADA
7:39 PM
Links to this post
Thursday, December 9, 2010
Prosperity Burger
Ooh dah lama gile tak makan Prosperity Burger kat McD. Last sekali aku makan rasenye taun 2005.
Ye, aku tau sekarang bukan musim prosperity burger. Tapi entah kenape tibe-tibe aku rase teringin gile nak makan menatang nih.
Aku bukanla peminat burger Mekdonel sangat. Aku lagi suke Burger King. Aku rase burger kat Mekdonel sumenye macam terlampau diproses. Walaupun die tulih 100% daging lembu la, hape jadah sume. Tapi nampak cam daging tipu. Dahla burger die tak pernah sama macam dalam gambar. Roti die mane ade gebu macam tu. Pastu kat atas roti aku ade la dua tige bijik bijan, padahal dalam gambar nampak macam roti dihujani bijan yang nampak sangat menyelerakan.
Pastu cheese die selalunye dah keras, jadi banyak yang melekat dalam kotak. Selaku manusia yang berperangai hina, aku suke kikis cheese keras yang berselipat kat kotak. Kat sini, kalau cheese tu dah keras, boleh pegi tukar. Aku tak pernah try kat Malaysia, sebab takut burger kene ludah. Haha.
Dan aku tak tau kenape, bile bukak kotak Big Mac, aku rase macam sedih nak makan sebab burger tu nampak macam baru mengalami kecelakaan dalam hidup. Susunan sayur dalam burger Mekdonel selalunye kucar-kacir. Ko angkat burger sikit, terus sayur berterabur. Kadang-kadang daging pun tak center, jatuh sekali. Sos jangan cakap la. Memang awal-awal lagi die dah landing kat dalam kotak. Kadang-kadang aku rase macam burger aku dibuat oleh Michael J. Fox. Haha. Eh, kurang ajar lawak itu. Tarik balik, tarik balik.

TAPI Prosperity Burger lain. Bile ko pegang die rase besar dan padat. ("That's what she said!") Bile ko makan, sos die dah melepet jatuh kat kotak, tapi mengalir kat jari-jemari. Pedas, tapi lazat. Tak payah letak sos cili pun dah best.
Dan bile dah habis makan, ko terasa sangat prosper dan rase nak beli satu lagi walaupun ko dah kenyang.

Ooh.
MENULIS
PADA
5:37 PM
Links to this post
Friday, December 3, 2010
Pram
Hari-hari Jumaat macam ni memang sesuai digunekan untuk mencarik ironi. Jumaat kan penghulu segala hari, maka eloklah kalau kite bermuhasabah diri dan pegi smayang jemaat.
Ironi hari ini datangnya apabila aku tengah carik novel-novel Pramoedya Ananta Toer, iaitu 4 novel yang membentuk Tetralogi Pulau Buru. Macho gile doh tulis tetralogi. Selama ni aku asik dengar trilogi dan saga. Sebab selalunye orang akan tulis 3 buku, atau 5 buku ke atas. Jarang orang stop kat 4 buku je. Yang aku tau Isaac Asimov pernah tulis tetralogi pasal robot, di mana 3 hukum robotik beliau mule jadi famous dan menginspirasikan filem-filem macam Bicentennial Man dan I, Robot.
Dan tetralogi fevret aku : Terminator. Buat mase sekarang la, sebab baru ade 4 filem. Kalau lepas ni ade filem lain, dah tak macho dah la sebab dah takbleh panggil tetralogi.
Berbalik kepada ironi, aku terserempak dengan satu artikel pasal Pramoedya Ananta Toer, seorang penulis Indonesia yang di-banned pada zaman beliau sebab dituduh tak patriotik dan mengkhianati tanah air melalui karya-karya beliau. Tapi karya beliau disanjung di negara-negara luar. Ni kire sindrom Salman Rushdie la. Dicirit oleh kaum sendiri, tapi kat England terus jadi knight. Haha.
Sampai sekarang pun buku-buku dalam tetralogi Pulau Buru ni masih diterjemah dan dicetak dalam banyak bahasa. Ironinya? Nak jumpa buku-buku ni dalam bahasa asal Melayu/Indonesia punyela susah gampang. Puas aku geledah seluruh Internet. Kalau ade pun, website yang jual tu nampak macam tak update sejak dari zaman-zaman Abrahah menyerang Mekah dulu. Takut aku nak letak nombor kad kredit. Tau-tau kang die keluar pop-up mesej, "KAMU GOBLOK".
Padahal dalam English punyela senang nak jumpe. Kat Amazon, kat Barnes & Noble, kat Ebay, kat The Book Depository. Dalam French pun berlambak. Dalam German pun banyak. Dalam Dutch lagi banyak. Ironi bukan?
Pelik betul. Orang Asia Tenggara ni memang pelik. Terutamenye orang-orang Malaysia, Philippines, Indonesia dan Singapura. Kite bangga sangat kalau tau sejarah pop culture kat US, tau pasal sejarah diorang, tau segala mende pasal gerakan cult kat sane, senang gile terpengaruh dengan anarchism sebab tengok orang pakai baju Sex Pistols nampak macam cool, dan sebagainye. Pada kita, lebih nampak bijak kalau tau pasal sejarah US dan England, daripada tau sejarah sendiri. Ade kawan aku die rajin hafal nama-nama tsar kat Russia. Kalau tanye pasal sultan-sultan Melayu, kompem kantoi.
Padahnye? Karya diorang kite agungkan, tapi karya sendiri dianaktirikan (pergh rima). Cube tengok filem-filem P. Ramlee. Filem-filem yang bapak aku rekod dari RTM guna kaset mase aku kecik dulu, same je kualiti die dengan dalam DVD sekarang. Takde remastering, takde hape perubahan. Patutnye kalau dah masuk DVD, gambar kene la tacap-tacap sikit kasi cantik, ye dak?
Tapi kalau filem omputeh, DVD cetak rompak diorang pon kualiti excellent. Aku download citer Metropolis (Fritz Lang) yang keluar pada taun 1927 pun gambar die masih menawan. (Aku download gune Torrent, tapi technically aku tak melanggar ape-ape peraturan sebab copyright law untuk karya kreatif hanya bertahan selama 70 taun, jadi sekarang filem Metropolis dah jatuh dalam public domain. Aku buat disclaimer ni in case kalau ade sesape nak dakwa aku sebab download secara haram. Manela tauuu.)
Anyway...
Ironi terbesar dalam proses pencarian buku-buku Pramoedya Ananta Toer oleh aku sebentar tadi adelah apebile dipikirkan kandungan buku-buku tu sendiri. Dalam novel Bumi Manusia, Pramoedya pernah menulis :
"“Jangan agungkan Eropa secara keseluruhan. Dimanapun ada yang mulia dan jahat. Kau sudah lupa kiranya Nak, yang kolonial selalu iblis. Tak ada yang kolonial pernah mengindahkan kepentingan bangsamu.”
Sedangkan orang Eropah la yang mengagungkan karya beliau. Ironik betul.
Nota kaki : Aku tak dapat beli tetralogi ni. Sape-sape yang ade link website yang jual buku-buku ni, bolehla share. Makasih.
MENULIS
PADA
11:57 AM
Links to this post
Thursday, December 2, 2010
From Shanghai With Love

Gadis ini telah menang grand prize dalam peraduan paling berprestij di dunia : The Genetic Lottery.
Fuh.
MENULIS
PADA
7:00 PM
Links to this post



