Monday, September 20, 2010

Ahad

Hari Ahad sepatutnye merupekan hari bersantai. Hari buat homework sambil dengar lagu jazz. Hari tunggu baju yang dibasuh semalam kering.

Tapi kat bawah bangunan rumah (baru) aku ade sekumpulan manusia gelandangan yang melepak dengan anjing-anjing mereka yang lapar, dan menyalak sepanjang hari. Salakan diorang tak lama. Tapi akan berulang setiap 10 minit. Annoying gile.



Macam iklan keropok Mony.

Saturday, September 18, 2010

Polis Tatabahasa

Kes 1

Alamak. Datuk Sosilawati kene bakar.

Cis. Tak sempat aku nak bagitau die yang jenama barangan kosmetik "Nouvelle Visages" beliau mengandungi 2 kesilapan tatabahasa yang tiada tolok bandingnya.

Kesalahan pertama. Dalam French, '
visage' (muka) bersifat maskulin, manakala 'nouvelle' (baru) adelah adjektif yang bersifat feminin. Jadi memang tidak sesuai digandingkan bersama. Dalam Bahasa Melayu, ia boleh diibaratkan macam cakap, "Datuk Najib kelihatan anggun jelita hari ini." Adjektif yang sepatutnya digunekan adelah 'nouveau'.

Kesalahan kedua. Dalam "Nouvelle Visages",
visages adalah plural (muka-muka) manakala nouvelle adelah adjektif untuk objek tunggal. Dalam French, pembilang adjektif mestilah seiring dengan noun. Kalau dalam English, kite kata 'one big house -> two big houses', tapi dalam French die akan jadi 'one big house -> two bigs houses'.

Maka, jenama tersebut sepatutnya berbunyi "Nouveau Visage" atau "Nouveaux Visages" (kalau nak
plural). Nouvelle Visages berbunyi sangat terencat. Setiap kali dengar aku rase nak bakar orang. Eh, lawak tak kene tempat.


Kes 2

Aku selalu jalan-jalan kat Malaysia pastu nampak papan tanda seperti "Restoran D'Firdaus". Atau "Kedai Gunting D'Beautiful". Atau "Taman D'Cempaka Ria." Atau "Felda d'Saji Kuala Lumpur".

Dalam French, "de" bermaksud of. Bukan "the". Dan de akan dipendekkan jadi d' hanya bile diikuti dengan huruf vokal. Contohnya "Le pied d'Antoine." Anthony's foot (atau lebih tepat lagi, the foot of Anthony). Ini adelah untuk mengelakkan dua vokal bertemu (de + Antoine) dan membentuk diphthong. Walaupun makanan bufet Ramadan Felda d'Saji memang sedap nak mampus tiada tandingan, tapi kesalahan menulis d'Saji instead of de Saji memang terencat.

Sile contohi restoran Le Château de Puah (dekat Jalan Puah, Bulatan Pahang, Kuala Lumpur). Walaupun makanan tak sedap langsung, cekik darah, hina, rasa macam cirit, nasi bukhari rasa macam nasi tomato tak cukup rasa, burger die rase macam celah kangkang cimpanzi, pastu mahal nak mampus, TAPI tatabahasa yang digunekan dalam penjenamaan restoran tersebut perlu dipuji. Ia menunjukkan bahawa pemilik restoran tersebut telah mendalami aspek tatabahasa dan bukan hanya bagi nama membabi-buta asalkan kedengaran merdu, walaupun beliau lupa nak mendalami aspek pembuatan makanan sehinggakan makanan di restoran beliau tak sedap langsung, cekik darah, hina, rasa macam cirit, nasi bukhari rasa macam nasi tomato tak cukup rasa, burger die rase macam celah kangkang cimpanzi, pastu mahal nak mampus (*ulang bende sama*).



Jadi kepada sesiapa yang nak bukak empayar kosmetik atau restoran, sile pikirkan jenama anda sebaik-baiknya.

Sunday, September 12, 2010

Lagu Raya

Hari raya pertama? Kat kelas. Sepanjang. Hari. Tapi aku pernah ade exam mase raye pertama, jadi kali ni setakat pegi kelas ape ade hal.

Dah enam taun beraya kat sini, aku jadi tak ingat kemeriahan beraya kat Malaysia. Kawan-kawan aku kate, bile dah besar ni, raye pun dah tak seronok sangat. Aku pun rase camtu, tapi tu mungkin sebab aku dah lame tak raya kat Malaysia.

Untuk meruntun rasa sedih, aku dengar lagu-lagu raya. Lagu-lagu raya ni tak berevolusi dari dulu. Dok ulang dengar lagu sama je. Banyak artis zaman sekarang yang cube nak keluarkan lagu raya, tapi tak banyak yang jadi klasik. Lagu Suasana Hari Raya Uji Rashid ngan Hail Amir zaman dulu jugak yang radio asik ulang.

Aku rase kite perlukan lagu raya baru. Yang lebih kontemporari. Kene suruh Aizat ke buat, ataupun Meet Uncle Hussain. Memberi nafas segar kepada perayaan yang semeriah ni. Baru hip.

OAG pun boleh. Mesti diorang buat lagu raya fusion dengan tajuk macam 'Aku dan Syawalicious'.

Takpun mintak kat Luna Maya dan Ariel buat lagu bertajuk 'Rakam-Rakam Hari Raya'.

Atau Datuk Najib dengan lagu 'Kusangkakan Letupan Mercun Di Hening Syawal'.

Atau Zizie Ezette - Di Pagi Lebaran Ku Kahwin Lari.


Atau Roslin Hashim dengan lagu 'Satu Talak Di Hari Raya'.


Atau artis-artis Malaysia beramai-ramai nyanyi lagu 'Kupura-pura Puasa Tak Sedar Syawal Dah Tiba' dengan susunan muzik oleh Aubrey Suwito.




Tak kisahla ape-ape pun. Janji hip dan selari dengan arus perdana.
Sebab folder "Lagu Raya" dalam iTunes aku dah lama tak update nih. Balik-balik lagu sama, bernanah telinga.






Thursday, September 9, 2010

Jangan Ada Benci

Esok nak raye, orang dah mule bermaafan, tapi masih ade orang yang hidupnye terlampau berkisarkan mengutuk orang. Sampaikan diorang tak mampu nak tengok ke luar tingkap, dan kata, "Kenape la aku ni jaki sangat tengok orang, hatta orang yang aku tak pernah kenal pun aku nak kutuk tanpa sebab. Dunia ni luas, pemandangan terbentang indah. Let's stop hating for a minute and just watch the world goes by."

Kadang-kadang
blogger ni takde idea, pastu nampak satu mende remeh yang die tak suke, and tetibe fikir, "Wow this petty little thing that has nothing to do with my life really annoys me, so I think it's time to post in on the internet and hope other people will actually give a damn."

Aku ade banyak masalah lain, tapi malam ni aku takde keje sangat, so aku blog.
Actually, ade satu mamat ni tulis dalam blog die pasal jenis-jenis gambar salam perantauan yang die tak suke. Dan gambar pertama skali yang die komen adelah gambar batch aku yang dihantar kat.. erm.. Utusan kot. Ade muke aku skali (yang die dah blur-kan). Gambar tu diambik masa kitorang pegi ski haritu (which explains the 6" parka).

Dan
blogger ni cakap, and I quote,



"
Sekarang bulan berapa? Bulan September kan? Let's just assume that gambar diambil masa Julai dan dipos ke Utusan Malaysia sekitar Ogos just before the fasting month started. Oleh itu gambar diambil pada musim panas. Tapi kenapa bila gua bukak seksyen "Ucapan Perantauan" ada student motherfuckers yang hantar gambar dalam salji? Pakai PARKA tebal semua 6" cukup. Fucking bullshit sial. Lelagi kalau yang hantar tu dari UK dan Jepun. Lu ingat orang Malaysia bodoh ke tak tahu sekarang salji tak turun lagi! Jangan tipu la Meleis. Gua dulu study sana tau sangat bila salji start turun. Lu saja kan hantar gambar dalam salji so that nampak macam overseas gila babi kan? Taik sungguh tektik ini!"



Kat France ni tak macam kat negara lain. Satu batch JPA ade dalam 25 orang, dan memang dicampak bersepah satu France, jadi kitorang jarang gile berkumpul ramai-ramai. Musim ski taun lepas adelah satu-satunye waktu cuti di mana kitorang dapat berkumpul lebih daripada 4 orang dalam batch kitorang. Memang rare gile. Jadi, hanya gambar waktu ski ni je yang sesuai untuk dipos ke salam perantauan, sebab kalau anta gambar sorang-sorang kang kene kutuk jugak oleh blogger ni. Mungkin dulu blogger ni belajar kat tempat di mana orang Melayu penuh, sampai nampak Melayu (atau die panggil Meleis) pun dah tak pandang.

Mule-mule aku nak amik
high road, tanak komen pasal entry murahan beliau. Tapi aku rase perlu mempertahankan diri.

Sebab satu, aku nak die tau situasi pelajar kat France yang kadang-kadang, ko sorang-sorang je Malaysian duduk lima taun kat satu bandar, jadi nak jumpe budak
batch ko adelah macam jumpe duit seratus ringgit kat dalam poket seluar yang baru basuh. Susah gile.

Sebab dua, aku rase
entry beliau hanyelah berunsur kutukan tak membina. Hanya kutuk semata-mata untuk kutuk. Ape point? Mungkin die nak aku menyesal hantar gambar camtu, merayu kat Utusan supaya delete gambar tersebut, dan kurung diri sendiri dalam bilik sambil nangis dan kate, "Mamat ni tak suke gambar aku! Ah sedih betul! Aku menyesal, menyesal!!" Dan terus tutup blog. Haha.

Sebab tiga, die kate segmen Salam Perantauan patut dibuang sebab zaman sekarang dah ade Facebook, internet laju dan sebagainye, tak payah nak
publish muke besar-besar kat paper. Pada aku, suratkabar ni besar sentimental value die. Macam kad jemputan kawin, kad harijadi, poskad. Sume ni pun boleh hantar gune internet jugak. Tapi efek dan emosi die berkurangan 10000 kali ganda. Maka orang masih sanggup beli setem, sampul surat dan jalan pegi kotak pos, sebab diorang tau internet ni hanyalah salah satu medium komunikasi, dan bukanlah pengganti semua medium komunikasi yang ada. Bayangkan dunia yang penuh manusia, tapi hanya bercakap di alam maya. Kan sedih tu?

Dan sebab terakhir, ape kaitan gambar tu sume dengan hidup kau? Ade air sirap kau tibe-tibe habis bile kitorang pos gambar tu? Yeah, didn't think so.

Jadi tuan blogger, di hari lebaran yang mulia ini, aku harap ko bersihkan jiwa. Instead of buat entry pasal bende-bende yang ko tak suke, ape kate letak bende-bende yang ko suke, dan kenapa ko grateful hidup kat bumi ni. Dan cube keluar rumah. Kau akan terperanjat bile melihat bahawa ada satu dunia di luar sana. Ia dipanggil real life.



Dan kepada semua umat Islam, selamat hari raya maaf zahir batin.

Thursday, September 2, 2010

Filem

Cuti kali ni aku memang tak buat ape sangat selain melepak dengan keluarga, rakan-rakan, study pasal investment yang konkrit (bukan MLM budus itu), dan amik lesen kereta.

Dan juge tengok wayang. Banyak jugak sebenarnye cerita aku tengok sepanjang balik nih. Tapi boleh dikatekan sumenye tak
best, atau underwhelming.

Inception

Paling mengecewakan adalah Inception, sebab kononnye
intelligent tapi aku rase sangat condescending sebab semua yang diorang cakap pasal mimpi, semuanya kite dah lama tau. Maka diorang macam nak ajar kita bende yang kite dah tau. Tapi diorang lupe nak rungkaikan persoalan paling penting dalam filem tersebut : Bagaimana mesin yang ade butang-butang tu boleh allow manusia untuk access mimpi orang lain?

Sebagai seorang academia, aku tengok cerita tu dengan harapan die bagitau algorithm di sebalik mesin tersebut. Tak payah details la (sebab Nolan pun kompem langsung takde clue camne mesin tu dibuat). Tapi at least, bagitau diorang punye field of research pun dah cukup. Apekah teknologi yang mungkin boleh merealisasikan bende ni? Adekah dengan gelombang dalam quantum mechanics? Sampai abis cerita aku tertanye-tanye. Pastu lepas Ariadne dah design background untuk mimpi tuh, macam mane die masukkan dalam mimpi orang lain? Adekah die amik gamba dalam format JPG, pastu masukkan gune wayar USB yang dicucuk kat jubur orang tuh?


Ye, aku tengah nitpicking sebab aku sangat pentingkan technicality bile tengok/baca mende-mende macam ni. Setakat cerita dongeng yang diolah supaya nampak bijak, aku pon boleh buat.

Jangan tuduh aku tak paham cerita. Aku paham, dan aku tau bahawa point sebenar cerita tu bukanlah pasal mesin tersebut. Point die juge bukanlah hanye "Adekah watak Leonardo DiCaprio mimpi atau tak pada akhir cerita?" sebab sama ada gasing tu jatuh atau tak, itu tak penting (gasing tu hanyalah MacGuffin, sebab orang lain tak pernah gune totem diorang pon, walaupun masing-masing ade totem sendiri.) Yang penting misi diorang untuk buat Cillian Murphy ubah fikiran dah tercapai.

Aku faham cerita. Cuma aku rase foundation cerita ni terlampau lemah, maka plausibility cerita ni jadi kosong. Dalam filem Terminator Salvation contohnya, premis cerita diorang adalah berkisarkan manusia melawan robot dengan mengawal frekuensi otak robot. Dari situ, kite dapat teka yang diorang gunekan prinsip resonans (atau sewaktu dengannye) untuk mematikan sistem robot tersebut. Maka bile logik cerita tu dah established, kite boleh terima plot-plot seterusnya.

Dahla mase aku tengok Inception ni diorang tak bagi student price, lagila aku bengang.


The Expendables

Satu lagi cerita bangang yang hanya berkisarkan bunuh orang. Elemen utama cerita ni adelah betapa kejamnya cara diorang bunuh orang. Tembak kepala sampai berkecai, pisau dibaling kat leher pastu tulang belakang kene patah dua, letupkan orang gune bazooka, ko cakap je. Sume diorang buat.

Tapi kenapa diorang buat sume nih? Oh, ade die terangkan selama 2 minit pada awal cerita, sebab nak merampas kuasa daripada seorang diktator blablabla. Tapi 2 minit je la. 88 minit yang lebih tu, semuanya berkisarkan "Sylvester Stallone lepas gian nak pukul, tembak dan bunuh orang tapi disebabkan die dah tua, takde studio yang nak amik die berlakon filem camtu lagi jadi die buat filem sendiri, arah sendiri, berlakon sendiri, pastu bunuh semua orang sambil dapat pompuan Latina hot di akhir cerita."

Bodoh betul.



Salt

Kisah double agent. Dah ade dua trillion filem Hollywood cerita pasal ejen rahsia camni, yang boleh lawan dua trillion polis, askar, etc tanpa gune senjata tapi takkan mati. James Bond anyone? Bezanya cuma watak utama adalah pompuan. Dan kalau sesape perasan, suami Angelina Jolie dalam citer nih adelah Major Hellstrom dalam Inglourious Basterds.

Filem yang takde hujung pangkal.


Toy Story 3

Prison Break versi Pixar. Cite ni cute, tu memang betul. Dan aku memang minat gile Toy Story. Tapi halfway aku tertido. Kalau cite ni tak bosan, aku takkan tertido. Dan aku bosan bile Woody baik sangat, pegi selamatkan teddy bear pink yang jahat tuh, padahal die tau menatang tu akan betray die balik. Mungkin diorang nak menyampaikan mesej kepada kanak-kanak bahawa bagaimana cilake pun perangai seseorang, kite perlulah bermaaf-maafan dan membantu beliau bile kesusahan. Tapi aku rase mesej ni salah, sebab menggalakkan budak-budak menjadi dungu. Kalau budak tu kene rogol oleh bapak die sejak kecik, kang budak tu kate, "Aku nak repot polis, tapi Toy Story kata kite perlu memaafkan dan saling membantu. Jadi takyah repot. Biarla kene rogol sampai kiamat."


Tetibe rase nak sokong teddy bear tuh dan kate "Padan muke ko Woody, memang patutla ko mati terbakar sebab bodoh sangat." Part yang best cume bile Buzz jadi casanova Spanish.


Predators

Camane tah Adrien Brody ngan Laurence Fishburne boleh setuju berlakon filem bangang camni. Selaku peminat francais Predator, aku sangat kecewa dengan kualiti jalan cerita. Rasa rugi beli tiket. Beli seplastik tahi manusia lagi untung aku rase.



Sumolah

Ni aku baru tengok malam tadi. Serius, cerita ni bermule dengan sangat best dan kelaka. Tapi bak kata Yasmin Ahmad, jangkamasa filem sepatutnye tak lebih 90 minit. Kalau nak lebih, pastikan ade pengisian yang cukup mantap. Macam Shawshank Redemption, The Green Mile, etc. Kalau setakat komedi ringan, tak payah la mengade-ngade. Lepas sejam, jalan cerita Sumolah ni jadi meleret-leret, merepek-repek, tak kelakar, ulang-ulang dialog sama, tetibe sedih tak tentu pasal, ade drama ntah pape. Kitorang semalam elok-elok gelak, tetibe sume tertido separuh jalan. Rase macam filem 5 jam. Aku nak sangat sokong filem Melayu, tapi kalau dah bagi kualiti macam cilake, camne? Takkan ko nak paksa orang suke bau taik?




Sekian ulasan filem daripada Kahuna Ebert.