Hari ni aku akan buat guided visit ke Orsay Museum, Paris. Rasenye ni kali kedua dalam hidup aku buat guided visit. Aku tak suke buat bende ni sebab takde kebebasan, terutama bile melancong dengan travel guide. Diorang hanye tunjuk bende-bende yang famous dan sangat obvious. Aku lagi suke sesat-sesat dan discover bende-bende pelik.
Dan kalo pegi muzium, aku tak suke ade guide sebab diorang akan terangkan semua mende sampai takde misteri dah kat sesebuah lukisan. Pada aku, seni ni sepatutnye tak payah diterangkan. Kalo ko nak tengok lukisan, ko kene feel. Kalau ko nak tau setiap detail pada lukisan tu, baik ko baca novel.
Tapi kali ni aku terpaksa pegi guided visit sebab INSA yang anjurkan. Dan topik perbincangan kali ni adelah impressionism, antara cabang seni yang paling prominen kat France. Untuk makluman, Claude Monet sangat obses dengan cathedral yang ade kat Rouen *hinsf hinsf*.
Tamat small talk. Mari beranjak ke kisah sebenar. Sebenarnye mase diorang anjurkan bende ni, ade ramai orang nak pegi, tapi hanye ade 25 tempat. Yela, muzium tu antara yang terulung kat dunia, dan bukan senang nak dapat guided visit pada harga yang agak murah camni. Jadi agak berebut la jugak orang nak grab tiket hari tu. Dan aku datang lambat, maka aku tak dapat teket. Penat aku merayu, diorang kate diorang dah siap tambah 5 tempat lagi sebab demand tinggi, pon tak cukup. Lima tempat je ko tambah memang la tak cukup, sengal. Tambah la tiga ratus.
Sebulan pun berlalu.
Semalam (iaitu hari sebelum visit ni akan berlangsung), aku terserempak minah yang jual teket tu. Die nampak aku lantas berkata, "Eh ade beberapa orang tarik diri dari visit esok, ko nak join?"
Di wajahnye kelihatan satu rona desperate yang amat nyata. Aku tanye die, kenape tak hantar e-mail kat INSA mailing list tu. Die kate dah terlambat, sebab last minute sangat. Semua orang dah ada plan lain untuk weekend.
Tetibe aku rase seperti beliau memerlukan aku lebih daripada aku memerlukan beliau, maka aku adelah master dan beliau slave. Maka aku boleh la jual mahal sikit. "Alamak aku ade plan la. Esok petang aku kene pegi Paris jumpe kawan. Sori." Ini memang betul, aku tak tipu.
"Eh muzium ni kan memang kat Paris. Jadi ape kate ko ikut kitorang, pastu lepas lawatan muzium tu ko lepak je la terus kat Paris, takyah balik dengan kitorang. Amacam?"
Ye, beliau dah mule merayu. Terasa diriku begitu berharga. Baru die tau perasaan merayu. Aku memang tak pernah nak merayu-rayu sangat, jadi kalo aku merayu tu maknenye aku nak sangat la tu, sampai sanggup mengenepikan egoku yang sangat tinggi ini. Jadi skang aku amat bangga bile die merayu balik kat aku.
Yang peliknya, aku tetibe rasa malas nak pegi. Yela, bile tempat terhad dan demand tinggi, memang ko rase macam ko mesti kene pegi sebab bende ni rare. Tapi bile bende tu dah kurang rare, dan disua kat ko ditatang dalam dulang emas, ko dah rase macam dia kurang exciting. Dah jadi not worth fighting for. Walaupon aku sangat teringin nak pegi, tapi tetibe aku tak teruja nak pegi di bawah anjuran minah ni. Sadis kah aku?
Tapi seriously. Aku dulu amat mencintai Leighton Meester yang bagi aku mempunyai kecantikan setaraf Audrey Hepburn. Rare dan sangat eksotik.Tapi lepas die buat photoshoot seksi untuk majalah GQ, semua attraction (dan rasa hormat) aku hilang. Sebab dah terpampang depan mata. Aku tak paham kenapa manusia secantik tu pon maseh memiliki inferiority complex tentang fizikal sendiri sampai die terpaksa buat gambar hampir telanjang semata-mata supaya orang lain boleh validate kecantikan beliau. Some things are better left to the imagination. When you have to stoop so low for attention, that's when you lose class and dignity.
Sebab tu Audrey Hepburn maseh kekal sebagai muse aku sepanjang zaman.
Saturday, November 14, 2009
Matahari Terbit
MENULIS
PADA
9:53 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 pun nak jugakk...:
ko mmg sesaje wat citer tergantung ke ape? td ckp x teruja nak g. camne leh end up ko pergi gak akhirnya??
Good Design is Invisible..
iSpy : aha.. Dalam buku The Stranger oleh Albert Camus, cerita die sangat memberi kesan sampai die tak perlu letak ending, cite tu tibe-tibe abis. pade aku, ia adelah pendekatan yang sangat sempurna untuk membuat pembaca berfikir tentang seluruh cerita lalu conjure ending sendiri, jadi pembaca tak la baca untuk tau ending je..
kujie : .... And less is always more
iktiraf penulisan ko.
tapi, kecantikan Yvonne Strahovski (sila google) makin terserlah ketika beliau hanya memakai pakaian dalam yang nipis.
sbb aku tak perlu membayangkan bagaimana rupanya beliau ketika berpakaian sebegitu. gambar2 beliau banyak membantu imaginasiku ke tahap yang lebih ekstrim.
pergh audrey hepburn mmg cantiiikk gila
art mmg syok kalau kita dpt feel sendiri - beauty lies in the eye of the beholder...and yg best bila apa yg kita nampak is actually different dari apa yg nak disampaikan. perspective lain2.
couldnt agree more when some people tried to overcome their inferiorty complex by less integrity moves.
cucu : aku kurang berkenan dengan yvonne. jadi aku tak kesah pasal pemakaian beliau.
biskut : ye betul
ja : ;)
"aku kurang berkenan dengan yvonne. jadi aku tak kesah pasal pemakaian beliau"
aku dengan ini mengesahkan ko sebagai gay!
aku suke blog ko..aku suke baca penulisan ko.. aku quote ayat ko eh utk 1 blog lain? tp aku creditkan kat ko la..aku x ceduk ayat ko n then claim aku punye.. sbb aku suke ayat ko....
Post a Comment