Aku skang dah sah menjadi cikgu Bahasa Melayu.
Aku akan mengajar sorang mamat yang bakal jadi expatriate ke Malaysia, dan dia nak belajar bahasa Melayu sebelum pegi sane. Disebabkan die expatriate, maka aku terpaksa tekan harga sikit. Haha. Ala tak mahal mane pon. Dalam 15€ sejam. Cukup la tu kan. Orang lain suruh aku letak 20€ sejam sebab tutor bahasa memang mahal kat sini, lagi-lagi bahasa yang exotic cam BM. Tapi ni first time aku mengajar bahasa, tak tau lagi aku ni bagus ke tak. Tunggu feedback mamat ni, baru aku naikkan harga nanti. Haa..
Die tanye aku, BM ni susah ke? Aku cakap, nampak macam senang, tapi sebenarnye susah. Pastu lagi sikitttt je lagi aku nak ter-cakap, "Ala kat Malaysia sumorang cakap English. Takyah belajar BM sangat pon takpe." Nasib baik refleks aku terbantut oleh kepantasan neuronku, yang berjaya menyekat impuls dari otak lantas mengekang lidahku untuk terus berkata-kata. Ade ke cikgu BM boleh cakap camtu. Seperti berak ke dalam periuk nasik sendiri. Dah orang tu nak bagi ko duit, hambik je la.
Aku sebenarnye pon tak tau mane aku nak korek masa lapang untuk ajar mamat ni, memandangkan darjah kesibukan aku skang ni adelah mengagumkan. Hari-hari kelas sampai malam (aku tak ekzejeret, sebab kat sini pukul 5.30 dah malam). Orang kata makhluk paling sibuk kat dunia adelah Malaikat Maut, kire aku seken blakang die la. Pastu makhluk ketiga paling sibuk adelah malaikat pencatit dosa Ezman Zamzuary, Azri Zahier dan Ahmad Izzat. Dengar kabar sampai krem jari.
Eh tak baik buat lawak camni. Astaghfirullah.
Maka aku mungkin terpaksa mengorbankan sesi gym aku setiap Sabtu untuk mengajar BM. Sesi gym. Ye, sesi gym. Kene sebut banyak-banyak kali supaya sumorang tau Kahuna pegi gym setiap pagi Sabtu dan sekarang memiliki 12 packs. Pack ke-13 dijadualkan akan muncul lagi 2 minggu.
Pastu aku akan direct berenti belajar dan apply jadi model Sports Illustrated. Eh.
Friday, December 4, 2009
Kantoi Skodeng Jiran Di Celah Tingkap
MENULIS
PADA
12:00 AM
4
pun nak jugakk...
Friday, November 27, 2009
iPhone 3GS untuk dijual
(Drumrolls) Trrrrrrrrrrrrrrrr trrrrrrrrrrrrr trrrrrrrrrrretttttt.. kepishhh!
Berita baik kepada penggemar-penggemar iPhone! 
Dengan banggenye saya, Kahuna, atau nama penuhnya Kahuna James Rockefeller Archibald, mengumumkan bahawa saya ingin menjual sebuah iPhone 3GS, baru (dalam kotak, tak penah pakai hatta sedikit pun), bersaiz 16GB/32GB (pilih salah satu), unlocked, berwarna hitam, dengan kesemua komponen yang BUKAN Made In China (seperti kebanyakan iPhone murah yang dijual kat Malaysia) sebab datang direct dari syarikat telco France, dijamin European Union Certified.
Dan paling penting? Haa, ye, Kahuna juge tau membaca otak korang, sekaligus dapat mengenal pasti soalan yang terngiang-ngiang di kotak fikiran anda semua. Korang sume mesti tertanye-tanye, berapekah.... berat iPhone tersebut? Jawapannye adelah sekitar 135 gram. Mengagumkan, bukan?
Eh bukan tu eh soalan korang? Oo.. sori, cikgu psikik aku dulu sempat ajar 3 chapter je. Pastu satu hari die tercekik apam, dan bile bawak pegi hospital, doktor mengesahkan beliau menghidap kanser, dan beliau pon terkejut lalu mati (kesimpulan : apam membawa maut). Jadi kadang-kadang instinct aku lari sikit sebab mengaji tak abis. Pernah haritu aku ramalkan bahawa aku akan terserempak dengan Michael Jackson kat stesen komuter Bandar Tasik Selatan pada 31 Mei 2013. Tengok-tengok die pon mati.
Okey okey balik ke topik asal.
Harga iPhone yang aku jual adelah RM 2600 untuk 16GB, atau RM 2900 untuk 32 GB, tapi aku hanye ade satu je. Mungkin sedikit mahal berbanding iPhone yang dijual oleh penyangak-penyangak iPhone kat Malaysia, tapi berbaloi sebab ini memang 100% authentic. Tambahan pula, aku juge akan bagi accessories seperti penyangkut iPhone berpelekap, screen proctector, charger kereta, dan sarung kulit original Apple.
iPhone tersebut akan sampai ke tangan mak atau akak aku sekitar 19 Disember (Kaklong, sile get ready nak jumpe client hehe), dan kemudian bolehlah korang mengambiknya dari mereka dengan cara menetapkan meeting di kawasan sekitar KL atau Cheras.
Kat Malaysia pon ade pihak yang menjual iPhone pada harga murah, tapi kebanyakannye tak boleh percaya. Kadang-kadang kite baya mahal-mahal, tetibe dapat iPhone rupe cenggini :

Prinsip jualan adelah first come, first serve, kecuali kalo ade orang menawarkan harga yang lagi tinggi daripada harga yang aku tetapkan, maka keutamaan kepada beliau (gile kapitalis aku nih). Macam eBay la, cume aku kurang kejam sebab aku hanya menetapkan sampai Selasa 12.00 malam (waktu Malaysia) je untuk membeli.
Kalau nak beli, sile e-mail aku di anuox2@yahoo.com, kerana sebarang pengecopan di ruangan komen tidak diterima. Keputusan hakim adelah muktamad, dan sebarang surat-menyurat takkan dilayan.
So, anda berminat?
p/s : Ade yang bertanye kenape aku sendiri tanak pakai henpon ni. Sebabnye adelah aku dah ade henpon yang bagi aku cukup canggih dan menepati keperluan sendiri. Lagipon iPhone memang best, tapi dah banyak kali aku cuba, aku tetap prefer keypad berbanding touch screen. Dari segi lain memang aku rase iPhone ni sangat perfek, tapi aku tak dapat nak berpuas hati 100% sebab aku tak suke touch screen. Harap maklum.
MENULIS
PADA
6:15 PM
9
pun nak jugakk...
Thursday, November 26, 2009
Pepek Busuk
Kat France, orang Belgium dianggap bodoh, orang Arab dianggap second citizen, orang Portugis dianggap banyak bulu, orang hitam dianggap berbau. Tapi paling teruk adelah orang berambut merah (redheads). Diorang dianggap semua di atas.
Orang berambut merah hanye ade lebih kurang 4% kat dunia, pastu kat France memang tak banyak yang rambut betul-betul merah. Yang strawberry blond pon dikire rambut merah, cume kadang-kadang tak nampak sangat, bergantung kepada cahaya.
Disebabkan rambut yang sungguh pelik ini, boleh dikatekan sume orang berambut natural merah kat France memang dikutuk dari kecik sampai besar, walaupon kebanyakannye main-main je. Tapi paham-pahamla, kutukan main-main kire berat gak. Yela, kau kutuk main-main, orang lain pon kutuk main-main. Kalau sehari ade 45 orang kutuk ko main-main, takkan ko maseh rase kelakar kan? Ade yang sanggup botakkan rambut setiap masa sebab tanak dikutuk.
Kat Facebook pon aku jumpe satu group yang diragui kebergunaannya iaitu group "Why Do Tests On Rats When We Have Redheads?". Dan dalam group tu boleh la dijumpai macam-macam kutukan terhadap orang rambut merah ni. Komen paling bangang adelah "We use rats because they resemble humans more than redheads." Okay, aku mengaku aku pon gelak sikit bile baca komen tuh. Sikit je. Sikit gini *buat bentuk C kecik gune jari*.
Lawak paling common untuk pompuan rambut merah kat France ialah "pompuan rambut merah pepek busuk". Kadang-kadang kalo aku tengah jalan kaki dengan kawan aku, sorang minah rambut merah, kang tetibe ade malaun mane tah jerit dari kereta, "Pepek busuk!" pastu drive laju-laju. Aku pon tak paham kenapa orang rambut merah pepek busuk. Macam la orang rambut kaler lain pepek wangi. Eh pepek tu ape? Aku pon tak tau (innocent).
Bile minah yang berambut merah bengang sebab kene kutuk, ade sorang mamat berpakaian gothic cakap, "Ala bukan ko sorang kene kutuk. Orang blond pon kene kutuk, orang Arab kene kutuk, orang dari Selatan pon kene kutuk, kat France ni sume orang pon kene kutuk. Rilek sudehh.."
"Tapi kutukan untuk orang rambut merah ni sepanjang masa. Cube bayangkan orang kutuk rambut ko hari-hari tanpa sebab?" kata minah berambut merah.
"Ala ko kutuk aku sebab aku pakai baju gothic, mekap gothic, rambut gothic, kuku gothic, takpe pulak?" balas mamat yang memang cilake punye gothic. Kalau tengok die memang ko rase macam die baru turun bas dari neraka.
"Tapi ko tak dilahirkan gothic, lembu!"
Jawapan yang amat bermutu, bernas dan berkaliber. Aku bagi sepuluh markah.
MENULIS
PADA
9:38 PM
9
pun nak jugakk...
Sunday, November 22, 2009
Snippets
Sape-sape penah baca buku Naratif Ogonshoto oleh Anwar Ridhwan? Aku baru mengetahui yang die baru dapat Anugerah Sasterawan Negara bulan Ogos arituh, menjadikan beliau Sasterawan Negara ke-10.
Aku mule mengenali beliau mase sekolah dulu, sebab aku nampak novel Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman kat perpustakaan sekolah. Aku mase tu tertarik sebab nama dia Anwar Ridhwan. Sedap betul nama tuh. Macam pernah kudengar, tapi di mana ya?
Oleh itu, sebagai hadiah harijadi aku yang bakal menjelang, sudilah kirenye sesiapa mengepos buku tersebut kepada aku. Dengar kabar susah nak jumpe buku ni. Aku nak beli kat internet tadi tapi harge die humangaih.
-------------------------------------
Adik aku Si Bulat dapat 5A dalam UPSR. Alhamdulillah. Walaupon pagi petang siang malam main game, otak die bergune jugak rupenye.
MENULIS
PADA
1:24 PM
8
pun nak jugakk...
Thursday, November 19, 2009
Tiada Kusangka Bola-Bola Api
Kalau kat Malaysia, keluarga aku memang langsung tak tengok bola. Mase World Cup Germany 2006, kitorang terbongkang malam-malam tengok Akademi Fantasia sambil makan goreng pisang (mak aku memang suke menggoreng malam-malam. Tengah tengok movie kat Astro kang tau-tau dah ade cempedak goreng kat sebelah).
Tapi sejak-sejak housemate aku beli foosball letak kat rumah, aku semakin berminat menonton bolasepak, untuk mengasimilasikan teknik bolasepak sebenar dan menyalurkan beliau ke arah menguasai foosball. Malam ni (atau malam tadi, atau malam nanti, mengikut zon longitud korang) France menang dalam kelayakan Piala Dunia menentang Ireland. Tapi kesemua orang French sedar dan tahu bahawa ia adalah sebuah victoire volée - kemenangan yang dicurik, sebab Henry main pakai tangan. Mungkin beliau tibe-tibe diserang lapsus kat depan gol seraya menyangka beliau sebenarnye tangah bermain beach netball. Dalam mase 20 saat lepas match tamat, dah ade beberapa ratus group Facebook seperti "The French Cheated Their Way To South Africa", "Join This Group If You Love Henry's Hands" dan sebagainye, dan beribu-ribu orang join dalam masa beberapa minit.
Kat seluruh France sekarang orang Islam sedang bergembira. Eh, orang Algeria. Sebab diorang menang lawan Mesir. Jalanraya semua penuh dengan orang Arab, dengan hon diorang, dengan wisel diorang, dengan bunga api diorang. Walaupon diorang lahir kat sini dan cakap Perancis, tapi hati diorang masih di tanah asal. Kalau France kalah tadi, konfem lagi sesak jalanraya sebab diorang akan ade 2 sebab untuk seleburit. Kalau kerajaan France yang racist ni memang betul-betul nak hapuskan orang Arab di bumi Perancis, diorang cume perlu letak bom C4 merata-rata kat jalanraya, gerenti 6 juta orang Arab kat France ni semua mati. Yang tinggal cume orang hitam ngan orang Eastern Europe je. One down, two to go.
Bile kawan-kawan aku kutuk orang Arab yang bising haram jadah kat atas jalanraya, diorang pandang aku pastu kate, "Ko tak kesah kan kitorang kutuk orang Arab?" Eh apahal plak aku nak kesah? Aku juge bengang dengan bunyik bising kat luar. "Takde la, mane la tau. Antara orang Islam kan ade brotherhood, aku kutuk diorang kang takut ko terasa pulak." Haha, mampus diorang la. Sape suruh buat bising. Kalau ko dah buat salah, tak kire la ko Islam ke, hape ke, salah jugak. Dan sah-sah kat France ni memang orang Arab je yang buat pasal. Takkan aku nak defend.
Sebenarnye aku tak tau pon malam ni ade final match kelayakan World Cup. Tetibe kol 9 malam, rumah aku dah penuh. Rupenye housemate ajak member-member lepak tengok bola. Yela, rumah aku kan TV 98 inci. Aku tanye diorang secara diplomatik, "Sape lawan malam ni?" Diorang sume pandang aku dengan sinis. Pastu ade sorang jawab, "Mongolia lawan Peru."
"Ooo... Ok. Selamat menonton."
Pastu diorang gelak ramai-ramai. "Bongok, France lawan Ireland la. Kalo Mongolia lawan Peru, buat hape kitorang nak sebok serbu rumah ko tengok match. Baik aku hem hem ngan gofren aku," kata mereka memperlekehkan aku.
La, mane aku tau. Aku tanye soalan tu pon bukan sebab aku betul-betul nak tau, tapi atas dasar sopan-santun sebagai tuan rumah, nak buat small talk supaya tak janggal. Kisah ape aku sape lawan sape. Kalau ko kate tu match Firaun lawan Super Mario pon haku tak peduli.
Ni France dah menang, alamatnye aku akan menghadapi satu lagi summer di mana TV penuh dengan bolasepak. Iklan Nutella pon akan bertemakan bola, di mana diorang jual Nutella dengan botol berbentuk bola FIFA edisi terhad. Aku paling benci musim bola di mane dunia menjadi satu planet zombie. Bangun bola, tidur bola, minum Coca Cola.
Kalau terrorist nak amik alih dunia, musim bola memang waktu yang paling sesuai sebab semua askar, polis, bomba, sharp shooter, perisik antarabangsa, pemandu kereta kebal, kapal selam, dan bodyguard kat dunia akan tercongok depan TV.
Kalau curik jambatan KLCC malam-malam bawak balik rumah pon kompem takde sape sedar.
MENULIS
PADA
12:06 AM
11
pun nak jugakk...
Tuesday, November 17, 2009
Vanity
Aku memerlukan wardrobe overhaul. Aku mendapati pakaian aku semuanya sudah membosankan. Takde variasi dan takde daya tarikan. Lagipon kali terakhir aku membeli-belah adelah mase summer haritu, dan kebanyakannye hanye jeans dan pakaian musim panas.
Disebabkan Boxing Day akan tiba dalam mase sebulan setengah dan aku sedang kumpul duit, aku perlu plan dari skang ape yang aku nak beli pada hari tersebut. Kepada sesiapa yang tak berminat pada fesyen lelaki atau fesyen in general, boleh la ke tepi.
Aku memerlukan :










Disebabkan keadaan kewangan agak goyah sejak kebelakangan ni, maka aku kene tunggu Boxing Day baru bleh beli (jadi sile jangan batak kalo budak-budak yang belajar kat UK pakai barang-barang branded nak mampus. Sah-sah beli mase Boxing Day.)
Sekian.
MENULIS
PADA
12:00 AM
17
pun nak jugakk...
Saturday, November 14, 2009
Matahari Terbit
Hari ni aku akan buat guided visit ke Orsay Museum, Paris. Rasenye ni kali kedua dalam hidup aku buat guided visit. Aku tak suke buat bende ni sebab takde kebebasan, terutama bile melancong dengan travel guide. Diorang hanye tunjuk bende-bende yang famous dan sangat obvious. Aku lagi suke sesat-sesat dan discover bende-bende pelik.
Dan kalo pegi muzium, aku tak suke ade guide sebab diorang akan terangkan semua mende sampai takde misteri dah kat sesebuah lukisan. Pada aku, seni ni sepatutnye tak payah diterangkan. Kalo ko nak tengok lukisan, ko kene feel. Kalau ko nak tau setiap detail pada lukisan tu, baik ko baca novel.
Tapi kali ni aku terpaksa pegi guided visit sebab INSA yang anjurkan. Dan topik perbincangan kali ni adelah impressionism, antara cabang seni yang paling prominen kat France. Untuk makluman, Claude Monet sangat obses dengan cathedral yang ade kat Rouen *hinsf hinsf*.
Tamat small talk. Mari beranjak ke kisah sebenar. Sebenarnye mase diorang anjurkan bende ni, ade ramai orang nak pegi, tapi hanye ade 25 tempat. Yela, muzium tu antara yang terulung kat dunia, dan bukan senang nak dapat guided visit pada harga yang agak murah camni. Jadi agak berebut la jugak orang nak grab tiket hari tu. Dan aku datang lambat, maka aku tak dapat teket. Penat aku merayu, diorang kate diorang dah siap tambah 5 tempat lagi sebab demand tinggi, pon tak cukup. Lima tempat je ko tambah memang la tak cukup, sengal. Tambah la tiga ratus.
Sebulan pun berlalu.
Semalam (iaitu hari sebelum visit ni akan berlangsung), aku terserempak minah yang jual teket tu. Die nampak aku lantas berkata, "Eh ade beberapa orang tarik diri dari visit esok, ko nak join?"
Di wajahnye kelihatan satu rona desperate yang amat nyata. Aku tanye die, kenape tak hantar e-mail kat INSA mailing list tu. Die kate dah terlambat, sebab last minute sangat. Semua orang dah ada plan lain untuk weekend.
Tetibe aku rase seperti beliau memerlukan aku lebih daripada aku memerlukan beliau, maka aku adelah master dan beliau slave. Maka aku boleh la jual mahal sikit. "Alamak aku ade plan la. Esok petang aku kene pegi Paris jumpe kawan. Sori." Ini memang betul, aku tak tipu.
"Eh muzium ni kan memang kat Paris. Jadi ape kate ko ikut kitorang, pastu lepas lawatan muzium tu ko lepak je la terus kat Paris, takyah balik dengan kitorang. Amacam?"
Ye, beliau dah mule merayu. Terasa diriku begitu berharga. Baru die tau perasaan merayu. Aku memang tak pernah nak merayu-rayu sangat, jadi kalo aku merayu tu maknenye aku nak sangat la tu, sampai sanggup mengenepikan egoku yang sangat tinggi ini. Jadi skang aku amat bangga bile die merayu balik kat aku.
Yang peliknya, aku tetibe rasa malas nak pegi. Yela, bile tempat terhad dan demand tinggi, memang ko rase macam ko mesti kene pegi sebab bende ni rare. Tapi bile bende tu dah kurang rare, dan disua kat ko ditatang dalam dulang emas, ko dah rase macam dia kurang exciting. Dah jadi not worth fighting for. Walaupon aku sangat teringin nak pegi, tapi tetibe aku tak teruja nak pegi di bawah anjuran minah ni. Sadis kah aku?
Tapi seriously. Aku dulu amat mencintai Leighton Meester yang bagi aku mempunyai kecantikan setaraf Audrey Hepburn. Rare dan sangat eksotik.Tapi lepas die buat photoshoot seksi untuk majalah GQ, semua attraction (dan rasa hormat) aku hilang. Sebab dah terpampang depan mata. Aku tak paham kenapa manusia secantik tu pon maseh memiliki inferiority complex tentang fizikal sendiri sampai die terpaksa buat gambar hampir telanjang semata-mata supaya orang lain boleh validate kecantikan beliau. Some things are better left to the imagination. When you have to stoop so low for attention, that's when you lose class and dignity.
Sebab tu Audrey Hepburn maseh kekal sebagai muse aku sepanjang zaman.
MENULIS
PADA
9:53 AM
9
pun nak jugakk...